{"id":18278,"date":"2019-11-15T11:08:09","date_gmt":"2019-11-15T03:08:09","guid":{"rendered":"http:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/?p=18278"},"modified":"2019-11-15T11:08:09","modified_gmt":"2019-11-15T03:08:09","slug":"ruai-bm-lebih-serius-dalam-berdoa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/?p=18278","title":{"rendered":"RUAI BM: Lebih serius     dalam berdoa"},"content":{"rendered":"<p>Ini merupakan kali pertama saya menyertai Konvensi Doa Methodist. Konvensi Doa kali ini bertemakan \u201cGereja yang Menyenangkan Hati Tuhan\u201d. Bishop Chen Chien Chung menyatakan bahawa gereja yang menyenangkan hati Tuhan seharusnya merupakan gereja yang dibina atas doa. Beliau menggunakan contoh doa Nehemia sebagai teladan bagi orang Kristian untuk belajar tentang doa. Beliau juga menyatakan tanpa disiplin, seseorang tidak dapat masuk ke dalam kerajaan Syurga.<\/p>\n<p>Dalam tema kedua yang disampaikan oleh Rev Viv Thomas, beliau menekankan bahawa seseorang Kristian perlu mempunyai hubungan yang intim dengan Tuhan. Untuk mempunyai hubungan intim dengan Tuhan, kita harus memilih untuk mengikut Tuhan Yesus sepenuhnya. Menurut beliau, \u201cmengikut\u201d bererti mengikut momentum dan pergerakan Tuhan Yesus serta memberi tumpuan dan mempercayai Tuhan Yesus sepenuhnya. Satu pernyataan yang menarik daripada beliau ialah \u201cberdoa adalah \u2018membazir\u2019 masa bersama Tuhan\u201d. Beliau menekankan bahawa sebagai anak Tuhan, kita perlu sentiasa ada masa untuk berbual dengan Tuhan tentang apa-apa sahaja.<\/p>\n<p>Sesi bersama saudari Chrisanne Chin juga banyak membuka minda saya tentang pelayanan doa yang dijalankan di negara ini. Perkongsian beliau membantu saya melihat pekerjaan Allah yang begitu luar biasa dalam perkembangan sejarah politik dan agama di Malaysia. Saudari Chrisanne menekankan betapa besarnya kuasa doa yang telah membawa kepada perubahan-perubahan politik di negara ini. Bagi saya secara peribadi, ini mendorong saya untuk lebih serius dalam berdoa dan memandang doa sebagai suatu kuasa orang Kristian yang amat luar biasa untuk membawa perubahan kepada negara.<\/p>\n<p>Satu lagi acara yang sukar saya lupakan adalah Kebaktian Perjamuan Kudus yang disertai oleh lebih daripada 5,000 umat Kristian yang telah diadakan di Sibu Town Square. Ini adalah pengalaman kali pertama saya menyertai kebaktian yang begitu besar. Koir yang menyanyi di hadapan terdiri daripada ribuan orang. Begitu besar sekali dan saya dapat merasakan kebesaran Allah kita. hal ini membuatkan saya terbayang suatu masa nanti apabila umat-umat Tuhan kembali ke syurga dan mempunyai perjamuan di Syurga juga. Alangkah besarnya perjamuan itu yang diambil bersama-sama dengan Tuhan kita. Dengan nyanyian koir yang tak henti-henti untuk memuji kebesaran Allah.<\/p>\n<pre><strong><span style=\"color: #008000;\">Oleh Jaclyn Lau Chai Hsia<\/span><\/strong>\n<strong><span style=\"color: #008000;\">Gereja Methodist Gloria, Bintulu<\/span><\/strong><\/pre>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ini merupakan kali pertama saya menyertai Konvensi Doa Methodist. Konvensi Doa kali ini bertemakan \u201cGereja yang Menyenangkan Hati Tuhan\u201d. Bishop Chen Chien Chung menyatakan bahawa gereja yang menyenangkan hati Tuhan seharusnya merupakan gereja yang dibina atas doa. Beliau menggunakan contoh doa Nehemia sebagai teladan bagi orang Kristian untuk belajar tentang doa. Beliau juga menyatakan tanpa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":48980,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[183,185,10],"tags":[],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18278"}],"collection":[{"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=18278"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/18278\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/48980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=18278"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=18278"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/scaccmm.sarawakmethodist.org\/new\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=18278"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}