RUAI BM: DOA adalah senantiasa

with No Comments

Konvensyen Doa 2018 merupakan satu peluang bagi diri saya untuk bergabung bersama dengan keluarga besar Methodist di seluruh Malaysia. Saya merasakan kehadiran saudara seiman yang ramai dan terasa didorong. Konvensyen ini juga merupakan konvensyen kali pertama saya sertai bersama dengan keluarga sendiri.

Apabila bersama dengan saudara seiman dalam konvensyen ini, apa-apa sahaja perkara yang didoakan akan terasa diri saya ini adalah sebahagian dalam pasukan doa dan mengambil perhatian kepada hal yang didoakan. Misalnya doa pengampunan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Semangat untuk mendoakan Sarawak & negara kita Malaysia akan sentiasa timbul. Sebagaimana yang dikatakan Bishop Ong, doa itu adalah senantiasa, bila-bila sahaja, di mana-mana sahaja.

Bishop Chan juga mengajar kami bahawa kami perlu mengakui kelemahan diri sendiri apabila berdoa. Saya bukan seorang superman yang boleh melakukan semua dengan kekuatan sendiri tanpa menyerahkannya kepada Tuhan. Dalam movie supermen, superman pun ada kelemahannya. Saya juga perlu sentiasa berdoa bersyukur dengan rahmat / kemakmuran/ anugerah yang telah Tuhan berikan kepada saya sepanjang hidup saya. Saya percaya Tuhan sudah menyediakan diri saya sebelum saya mengenali Dia lagi untuk pelayanan di ladang Tuhan. Tuhan mempunyai rancangan-Nya tersendiri untuk saya.

Dr. Vivian Thomas mengajar saya perlu ada perhubungan yang intim dengan Tuhan, tidak lari daripada persekutuan bersama Tuhan. Nama diri saya juga melambangkan identiti yang diberi oleh Tuhan.

Latihan doa dan puasa, rangkaian doa 60 jam berjaga dan saling mendoakan adalah beberapa amalan perlu kami praktikan sentiasa. Konvensyen ditutup dengan jamuan kudus di dataran Sibu Town Square sebagai satu tindakan pengakuan kepada umum (masyarakat) bahawa Yesus adalah Juruselamat dan Tuhan kami.

Wong Siew Fui, Gereja Methodist Gloria, Bintulu