MPC 2018 agak berbeza dari tahun-tahun lepas. Pertama, acara yang sangat efektif kerana banyak masa diluangkan bersama Tuhan dan juga berdoa. Satu perkara yang sangat memberkati saya ialah Puasa. Acara ini sangat membantu saya terutamanya apabila saya terlalu sibuk dengan pelayanan dan kekhuatiran yang menyebabkan saya jarang sekali berpuasa. Berpuasa juga membantu saya untuk menahan nafsu makan, nafsu main permainan dan sebagainya. Sejurus itu, saya dapat mendekati Tuhan, banyak berkomunikasi dengan Sang Pengasih saya, ada juga rasa terubat rindu saya dengan Tuhan, kerana sudah begitu lama saya tidak melakukan perkara seperti Puasa.
Kami berpuasa selepas sarapan hingga makan malam baru berbuka, memang mencabar bagi saya. Ketika berpuasa juga kami memuji Tuhan, saling mendoakan antara satu dengan yang lain, berdoa untuk pelbagai aspek juga. Tanpa saya sedari, saya telah berpuasa satu hari tanpa merasa kelaparan kerana api Roh Kudus bekerja dalam setiap kami sehingga perut kami dipenuhi oleh Roh Kudus, dan segala pemikiran kami tertumpu pada Allah.
Seperti yang dikatakan oleh Presiden SCAC, kita mematikan keinginan daging kita dan menghidupkan atmosfera hadirat Allah di tempat itu. Acara ini sangat-sangat berkesan dan sungguh luar biasa bagi saya. Saya sangat mengalami Tuhan melalui acara ini. Acara ini juga banyak memberi masa untuk kami berdiam sendiri, memikirkan rancangan Tuhan dan panggilan-Nya bagi setiap kami.
Saya bersyukur kepada Tuhan Yesus sebab memberikan contoh yang baik mengenai Puasa dan berdoa.
Bryan Luwes, GM Gloria, Bintulu