Shalom! Saya Viviana Genek ak Ngilah. Saya berumur 18 tahun. Saya anak kelima dalam keluarga. Saya mempunyai enam orang adik-beradik. Nama ibu saya Pie ak Kepu. Ibu saya seorang suri rumah. Nama ayah saya Ngilah ak Tuan. Saya tidak mempunyai ayah sejak umur saya lapan tahun. Saya dibesarkan oleh ibu saya sehingga sekarang. Kini, saya melayani di Pusat Khidmat Komuniti Methodist di Bintulu.
Ketika umur saya enam tahun, saya suka bermain di sini dan di sana. Saya bersekolah di Tadika St Anthony. Ayah saya selalu menghantar saya ke sekolah. Tapi malangnya, saya diberhentikan sekolah atas masalah kewangan yang kami sekeluarga hadapi. Saya terpaksa duduk di rumah sahaja.
Beberapa bulan kemudian, keluarga saya berpindah ke rumah baharu. Ketika berumur tujuh tahun, saya diberitahu bahawa saya dapat bersekolah semula. Saya berasa gembira kerana dapat bersekolah. Saya bersekolah di SK Kidurong yang tidak jauh dari rumah saya. Saya selalu berjalan kaki ke sekolah bersama-sama kawan ketika itu. Saya sangat gembira kerana mempunyai kawan yang banyak. Saya terserempak dengan seorang kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Tapi kami belum mengenali antara satu sama lain. Pada masa itu kami berkenalan, kami pun menjadi sahabat yang rapat. Kami suka sangat bermain sehinggakan saya dan dia dimarahi oleh ibu.
Saya sangat gembira dengan keluarga saya, kawan saya dan saudara-mara saya. Apabila saya berumur lapan tahun, saya banyak mengalami masalah. Saya selalu sakit. Ketika itu, saya sangat menderita kerana banyak masalah yang berlaku kepada saya. Lama–kelamaan, saya sembuh daripada sakit.
Beberapa bulan kemudian, berita yang mengejutkan saya iaitu ayah saya meninggal dunia. Saya sangat sedih. Apakah daya? Mungkin itu takdir bagi diri saya. Saya menerima apa-apa yang berlaku pada diri saya.
Hidup kami sekeluarga berubah setelah ayah saya meninggalkan kami. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika itu? Beberapa bulan kemudian, saya mengalami masalah yang besar iaitu tangan saya terseliuh. Saya sangat marah ketika itu, kerana kedukaan asyik timbul pada diri saya. Tak tahu apa yang harus saya lakukan?
Ketika umur saya sepuluh tahun, seorang kawan saya membawa saya pergi ke gereja. Ketika itu saya berada di sekolah minggu. Ada seorang kakak mengajar saya tentang Firman Tuhan. Ketika itu saya tidak tahu apa–apa. Kemudian saya jarang pergi ke gereja kerana merasakan gereja bosan dan tidak tahu hal yang perlu dibuat di gereja.
Ketika saya berusia dua belas tahun, saya mengikuti aktiviti di gereja semula, seperti persekutuan muda mudi. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh gereja. Ketika itu, ada satu kelas yang hendak dibuka iaitu kelas baptisan. Hati saya tergerak hendak mengikuti kelas baptisan itu. Saya balik ke rumah dan memberitahu ibu bahawa saya ingin mengikuti kelas baptisan di gereja. Ibu saya pun bersetuju.
Kelas Baptisan
Saya sangat gembira. Sebelum saya dibaptiskan, saya menghadiri kelas yang dipimpin oleh Cikgu Rita. Pelajaran yang dibawa ialah ‘Memulai Hidup Baru’. Melalui kelas itu, saya menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat saya.
Melalui kelas itu, saya banyak diajar untuk berdoa, membaca Firman Tuhan dan menghafal Firman Tuhan. Kelas itu juga banyak mengajar cerita tentang penyelamatan Tuhan Yesus Kristus. Ketika itu saya sangat gembira kerana dapat mengetahui cerita tentang Tuhan Yesus.
Cikgu saya juga pernah mengajar kami tentang Empat Hukum Rohani. Buku Empat Hukum Rohani itu menceritakan penyelamatan dan menerangkan orang duniawi dan orang Kristian. Cikgu pernah memberitahu saya, jika saya benar-benar ingin menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat secara peribadi, dia akan membawa saya dalam satu doa, iaitu Doa menerima Yesus Kristus. Selepas cikgu saya membawa saya dalam doa tersebut, hati saya berasa gembira kerana dapat menerima Yesus Kristus dalam hidup saya. Melalui buku itu, banyak perkara yang saya peroleh.
Beberapa minggu kemudian, saya ditemu duga oleh seorang pastor. Ketika temu duga itu, banyak soalan yang ditanya oleh pastor, salah satu soalannya ialah betulkah kamu sudah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat kamu sepenuhnya? Ketika itu saya betul-betul sudah menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Tuhan Penyelamat dalam hidup saya.
Kehidupan yang baru
Saya juga diuji untuk menghafal Doa Bapa Kami dan Pengakuan Iman Rasuli. Keesokan harinya, saya dan kawan-kawan saya bersiap sedia untuk dibaptiskan di Gereja Methodist Gloria. Selesai sahaja saya dibaptiskan saya merasakan saya mempunyai kehidupan yang baharu. Saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana saya dapat membina hidup baharu bersama Tuhan dalam diri saya.
Selepas menjadi seorang kristian iaitu ketika berumur tiga belas tahun saya mula melayani Tuhan di gereja. Saya sangat suka berada di gereja ketika itu, kerana banyak aktiviti yang telah dilakukan. Aktiviti yang saya tidak suka ialah menginjil, kerana saya tidak pandai bercakap. Tapi saya terpaksa melakukannya. Lama-kelamaan saya suka mengikuti penginjilan. Saya tidak berasa takut. Akhirnya saya berusaha untuk menyampaikan Berita Baik kepada orang ramai.
Cabaran dan dugaan
Tapi ketika itu banyak masalah saya hadapi, masalah keluarga, masalah kawan, dan masalah saudara-mara. Saya tidak dapat menghadapi masalah yang menimpa saya. Saya banyak bergomol. Sampaikan saya putus harapan meneruskan hidup. Ketika itu umur saya lima belas tahun, banyak cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Saya jarang pergi ke gereja, kerana saya berasa terlalu marah pada diri sendiri. Apalah nasib saya, selalu kena marah, dihina, dikutuk. Saya pernah terfikir mahu lari, tapi saya tidak sanggup melakukannya kerana saya tidak mahu kehilangan segalanya dalam hidup saya. Saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan dan bertahan untuk menghadapi masalah.
Selepas menduduki PT3, gereja mengadakan satu kem iaitu Kem Kepimpinan. Melalui kem itu saya banyak mempelajari kehidupan orang Kristian. Ketika umur saya enam belas tahun, saya mengalami cabaran baharu dalam hidup saya. Tapi saya mengucap syukur, kerana saya ada perubahan hidup dalam diri saya.
Pelepasan ikatan dosa
Selepas itu, saya mengikuti kem Life Game di Sibu. Semasa di Life Game, banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan pada masa akan datang. Saya juga berputus untuk mengubah kehidupan saya. Saya pernah mengalami satu doa pelepasan ketika saya berada di Life Game. Saya mengakui dosa di hadapan Tuhan. Saya berdoa berhadapan Tuhan, menangis sehinggakan saya berteriak kuat untuk melepaskan semua ikatan dosa saya.
Selepas balik dari Life Game, saya bersyukur kepada Tuhan kerana ada perubahan dalam diri saya. Dulu hidup saya penuh dengan masalah, dan juga penuh dengan kepahitan dan kemarahan. Tapi sekarang ini saya mengucap syukur kepada Tuhan. Sekarang, saya mengubah kehidupan saya dengan perlahan-lahan. Biarlah Tuhan bekerja dalam diri saya.
Kini, umur saya lapan belas tahun, saya baru sahaja lepas menduduki ujian SPM. Saya mengucap syukur kepada Tuhan, kerana Tuhan telah mendengar doa saya. Saya telah lulus dalam ujian, walaupun sekarang saya tidak menyambung pelajaran saya. Tetapi kini Tuhan telah memanggil saya untuk melayani di Pusat Khidmat Komuniti Methodist.
Saya juga mengikuti kursus Kepimpinan Muda Mudi untuk melengkapkan diri saya supaya melayani Tuhan dan memberitakan Injil kepada orang ramai dengan lebih berkesan dan menjadi murid Tuhan Yesus yang benar dan taat setia.
Oleh Viviana Genek ak Ngilah
Gereja Methodist Gloria, Bintulu