Kursus Kepimpinan Muda Mudi (KKMM) merupakan anjuran Komiti Pelayanan Bahasa Malaysia (BM) SCAC yang telah dijalankan selama 3 bulan di Malaysia Evangelical College bermula 5 Jan-30 March 2018.
Seramai 13 orang peserta yang telah menyertai kursus ini, namun hanya 10 orang peserta yang berjaya menamatkan kursus ini sehingga tamat. Antara sepuluh orang peserta ini adalah Ardeka ak Jawai, Lavinia Encah dari Gereja Methodist Tudan, Boniface Banau, Lisa Hencah, Monica Sehenny, Ronaldo Abit dari Gereja Methodist Gan En, Angelina Timbang dari Gereja Methodist Mei Ann, Joeky Nyalau dari Gereja Methodist Tien En, Vannesa Gedi dari Gereja Methodist Xin Fu Yuan dan Gereja Methodist Gloria iaitu Viviana Genek.
Tujuan KKMM ini dijalankan menawarkan program perlengkapan lanjutan untuk pemuda pemudi yang melayani di gereja supaya memiliki keberkesanan dalam pelayanan. Selain itu, KMM ini membantu mereka memahami dan mengenali panggilan Tuhan dan mendedahkan mereka kepada Misi dan Penginjilan juga merupakan salah satu tujuan kursus ini dijalankan.
Oleh itu, demi mencapai tujuan ini kesemua peserta KKMM bersama dengan tenaga pengajar melakukan penginjilan pada hari Jumaat setiap minggu di beberapa kawasan yang berlainan. Salah satu kawasan iaitu di Taman Tunku dan Krokop. Penginjilan ini telah berhasil dan membawa kepada penanaman sebuah pelayanan Bahasa Malaysia di Gereja Methodist Taman Tunku yang masih berjalan sehingga hari ini. Bukan itu sahaja, malahan setiap peserta juga dihantar untuk menjalani praktikal hujung di beberapa buah Gereja Methodist Pelayanan BM di Miri.
Bagi menyempurnakan sesi penama-tan kursus ini, Majlis Graduasi telah diadakan di Tingkat 4 Gereja Methodist Mei Ann dan diberkati dengan khutbah yang disampaikan oleh Rev. Dr Wong Kee Sing selaku Pengerusi Lembaga Penginjilan SCAC. “… menjadi satu alat di rumah Tuhan” demikianlah petikan dari perkongsian yang beliau sampaikan secara khusus kepada 10 orang peserta KKMM yang tamat dengan jayanya. Kiranya melalui kursus ini dapat terus membentuk barisan kepimpinan generasi anak muda untuk menjadi alat yang berguna bagi memperkembangkan kerajaan Allah terutamanya dalam Pelayanan BM.