Bilik DOA

with No Comments

Lubok Antu, Sarikei
Jason Siew (Volunteer)
1. Mohon Tuhan melindungi perjalanannya ke rumah panjang.
2. Mohon Tuhan kurniakan kebijaksanaan dan urapan Roh Kudus agar dapat mengajar firman Tuhan secara berkesan.
3. Doakan firman Tuhan akan memperbetulkan tabiat lama penduduk rumah panjang.

Matop, Julau
Ling Fang Fang
1. Dia akan berkhutbah di gereja Sri Aman. Doa agar diurapi Roh Kudus dalam penyediaan isi kandungan khutbah.
2. Doa agar Roh Kudus membangkitkan roh keimanan muda-mudi Iban supaya terus mengikut Yesus Kristus dengan setia dan penuh iman.

Lawas Care Centre,
Lawas
Kong Moi Fa
1. Berdoa untuk penyelamatan ahli keluarga Moi Fa.
2. Doakan anak-anak Penan akan menyesuaikan diri dalam persekolahan dan kehidupan di Pusat selepas cuti panjang.
3. Doakan semua anak-anak Pen-an mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat.
4. Doakan semua rakan sekerja di Pusat bekerja bersama dalam satu hati.

Lighthouse, Kapit
Chua Koh Kui & Ling Leng King
Doakan The Lighthouse Youth Training pada 6-8 Julai dan SIAC Women Fellowship pada 27-28 Julai dapat berjalan dengan lancar dalam pimpinan Roh Kudus. Roh keimanan peserta-peserta dibangkitkan and terus hidup demi Tuhan Yesus dan kemuliaan Tuhan Bapa.