RUAI BM: Bermulanya persekutuan pekerja-pekerja di pasaraya Boulevard

with No Comments

Pelayanan BM Boulevard dimulakan pada bulan Mac 2015, oleh beberapa orang jemaah dari gereja Faith Methodist untuk melayani mereka yang bekerja di pasaraya Boulevard. Tujuan utama Pelayanan BM ini diadakan di pasar aya Boulevard adalah seperti berikut: tujuan yang pertama adalah untuk melayani pekerja-pekerja yang bekerja di pasaraya khususnya orang-orang bumiputra yang beragama kristian; tujuan yang kedua adalah kebanyakan pekerja yang bekerja di pasaraya ini tidak memiliki waktu cuti yang tetap terutamanya pada hari minggu. Oleh hal yang demikian, pelayanan ini adalah sangat sesuai untuk mengadakan perjumpaan bagi mereka menurut masa mereka sendiri iaitu pada pukul 5-6 petang.

Pelayanan ini sangat mencabar sebab masa mereka berkumpul adalah sangat berbeza dan kehadiran mereka juga tidak menentu. Semuanya dipengaruhi oleh keadaan tempat kerja mereka. Walaupun cabarannya sangat tinggi namun kasih Allah yang berkuasa dalam hati setiap jemaah gereja khususnya jemaah Gereja Faith Methodist, maka pelayanan ini tetap berjalan sampai hari ini. Selama 3 tahun pelayanan BM ini diadakan, banyak pekerja di Boulevard mengalami perubahan secara rohani. Mereka menceritakan kebaikan Tuhan dalam hidup mereka semenjak mengikuti persekutuan ini.

Dengan anugerah Tuhan, pengurus pasaraya Boulevard telah membuka bilik persidangan pejabat mereka untuk digunakan bagi persekutuan pekerja-pekerja di pasaraya yang beragama Kristian. Dengan adanya tempat yang disediakan maka pelayanan ini dapat diadakan dengan baik. Pekerja-pekerja Boulevard dapat datang tanpa banyak menggunakan masa, demikian juga untuk kembali ke tempat kerja mereka masing-masing. Untuk membangunkan iman mereka secara rohani maka pelayanan BM telah mereka pelbagai program termasuklah Alfa di tempat kerja. Dengan anugerah dan kasih Tuhan perjumpaan yang pertama telah diadakan pada 15 March 2015 di bilik persidangan pejabat Boulevard, yang dihadiri seramai 24 orang pekerja Boulevard dan 25 orang jemaah gereja yang datang. Sehingga hari ini persekutuan pekerja-pekerja Kristian di pasaraya Boulevard berjalan dengan baik dan telah banyak memberkati pekerja-pekerja pasar aya di Boulevard. Berikut adalah beberapa kesaksian pekerja Boulevard Tuhan mengubah hidup mereka:

Madalin: Saya bekerja di Boulevard selama 8 tahun. Saya telah mengikuti Persekutuan dari Mac 2015. Mula-mula kami bermula pada pukul 8 pagi. Lepas itu, kami bermula pada 5 petang. Sekarang masa ditukar kepada 6 petang. Aktiviti Persekutuan memang baik bagi saya. Ajaran Pastor telah memberi semangat dan motivasi kepada kami. Program Alpha satu hari memang baik. 10 orang yang mengikutinya pada masa itu. Ms Shirley dan Mr Dennis memperkenalkan Persekutuan ini pada 2015. Minggu 1, saya ajak Stephanie. Minggu 2, saya ajak Uncle Liston. Uncle Liston paling setia. Harap adik-adik yang datang mendapat ilham.

“Saya dengar tentang program ini dari kawan. Lalu saya ikut saja, dan saya suka program ini,” Mary berkata.

Howell berkata, “Dulu ada dengar tentang Persekutuan Boulevard. Ada orang ajak juga. Saya memang mahu mengikutinyatetapi kadang-kadang syif tidak membenarkan. Dulu saya mengorbankan masa supaya yang lain dapat hadir. Pada akhir tahun lepas saya ada peluang menyertai Pesekutuan ini.”

“Saya sudah bekerja di Boulevard selama 10 tahun. Tahun inilah tahun ketiga saya mengikuti Persekutuan Boulevard. Terima kasih kepada Madalin dan Stephanie yang mengajak saya datang ke Persekutuan ini. Pada setiap hari Sabtu, saya tak bersabar-sabar datang.”

Elsie berasal dari Kampung Bantam, Serian. Elsie sudah mengenali Tuhan sebelum bekerja di Boulevard. “Best sekali join”, dia berkata.

“Saya berasal dari Lubok Antu. Elsie ajak saya untuk menyertai Persekutuan Boulevard,” Celopatra berkata.

“Saya berasal dari Sri Aman. Saya bekerja sebagai cashier. Terima kasih kepada Madalin yang selalu ajak saya datang,” berkata Daisy.

“Ladang Tuhan siap untuk dituai, kita memerlukan pekerja yang banyak untuk mengerjakan pekerjaan-Nya. Bahasa, budaya dan latar belakang bukanlah yang menjadi ukur dalam memberitakan berita baik kepada orang lain. Namun apa yang sangat penting adalah hati kita yang siap pakai oleh Tuhan untuk pergi dan memberitakan kasih Tuhan itu kepada mereka yang memerlukan”

Pr Patrick Taie
Trinity Methodist Church, Kuching