RUAI BM: KEBERSAMAAN dalam pelayanan KWD 2017

with No Comments

Setelah 7 tahun Daerah Kuching telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Daerah Kuching barat dan daerah Kuching timur pada tahun 2010. Selama beberapa tahun ini tiada banyak program gabungan pelayanan BM daerah Kuching Barat diadakan. Namun tahun 2017, satu sesi perbincangan ringkas diadakan untuk mengembangkan pelayanan BM antara gereja-gereja yang ada pelayanan BM. Dengan kerjasama yang baik antara komiti Pelayanan BM daerah maka beberapa program telah dirancangkan pada tahun ini. Tujuan utama untuk mengadakan program bersama adalah untuk membina rasa kepunyaan bersama, dan membina hubungan yang erat antara satu yang lain. Dengan adanya kegiatan yang bersama ini maka jemaah dari gereja pelayanan bahasa Malaysia yang lain dapat mengenali antara satu yang lain dengan lebih dekat lagi.

Selain itu, kegiatan bersama-sama juga akan menciptakan ruang bagi setiap pelayanan untuk mengongsi pengalaman mereka kepada satu sama yang lain. Pada tahun 2017, beberapa program bersama telah diadakan.

Program daerah bersama yang pertama adalah kebaktian gabungan malam penetapan perjamuan suci di Gereja Methodist Matang, pada 13 April 2017, dengan jumlah kehadiran sebanyak 239 orang. Setiap pelayanan diberikan ruang untuk mempersembahkan nyanyian koir masing-masing. Tema kebaktian adalah “apakah kamu ada di sana?” yang telah disampaikan oleh Pr Ibrahim. Program pada malam itu diakhiri dengan perjamuan suci. Bersama yang dipimpin oleh Rev Mok Ing Khang.

Program daerah bersama yang kedua adalah Malam Kesyukuran Pribumi, yang diadakan di Gereja Trinity Methodist, pada 29 Julai 2017. Tema kebaktian gabungan ini adalah “Suku ku”. Pengkhutbah adalah Rev Mok Ing Khang, kehadiran jemaah adalah seramai lebih daripada 200 orang. Seperti biasa setiap pelayanan bahasa Malaysia didorong untuk memberi persembahan tarian. Sebelum kebaktian dimulakan acara makan bersama-sama diadakan pada pukul 6:30petang.

Kegiatan gabungan yang ketiga diadakan bagi Daerah Kuching Barat adalah Khemah Muda-mudi yang diadakan pada 7-9 Disember 2017. Khemah muda-mudi ini diadakan di Gereja Methodist, selama tiga hari, seramai 63 orang yang telah mendaftar untuk mengikuti khemah ini, namun 9 orang pada hari pendaftaran tidak dapat mengikuti khemah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. (Gereja Siong Tau: 4 orang; Kota Sentosa: 11 orang; Trinity: 29 orang; City Mall: 19 orang; matang: tiada peserta). Tema khemah muda-mudi gabungan tahun ini adalah: Yesus sebagai teladan. Terdapat 4 penceramah yang dijemput iaitu Rev Lau Hui Ming, Pr Patrick, Sdri Lau Mee Ting dan Sdr Gordan Law. Selain ceramah peserta Khemah juga telah mengadakan aktiviti luar iaitu Futsal dan sukaneka.

Selama khemah muda-mudi ini berlangsung, banyak anak-anak muda yang telah disentuh oleh Tuhan melalui masej yang disampaikan oleh setiap penceramah. Hidup mereka telah diubah oleh Roh Tuhan dari segi pemikiran, perkataan dan perbuatan mereka. Hal ini disebabkan khemah muda-mudi kali ini menekankan Yesus sebagai teladan dalam “masa depan, pelayanan, pertumbuhan rohani dan pendidikan”. Melalui perkongsian peserta kita dapat melihat perubahan hidup mereka, iaitu anak-anak muda mulai memiliki kesedaran akan kehidupan mereka di dunia ini.

Selain itu, Khemah muda-mudi ini juga telah membuka ruang untuk mereka melayani satu sama yang lain. Sebab mereka berasal daripada gereja yang berlainan di daerah kuching barat, semua urusan dan tanggungjawab khemah dikendalikan oleh pemuda-pemudi. Mereka telah menguruskan khemah dengan sangat baik dan luar biasa sehingga semua diselesaikan dengan sempurna.

Setelah Khemah Muda-mudi selesai, kebaktian gabungan Pra Krismas diadakan pada malam 9 Disember 2017, di Gereja Siong Tau, seramai 230 orang telah datang untuk menghadiri kebaktian ini. Persembahan-persembahan daripada setiap gereja bahasa Malaysia di daerah Kuching barat telah memeriahkan acara pada malam itu lagi. Pengkhutbah program ini adalah Rev Ngu Hui seng.

Secara peribadi Kebaktian gabungan daerah Kuching pelayanan BM telah banyak membawa berkat kepada semua jemaah. Mereka dapat menggunakan setiap kurniaan yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka untuk membangun satu yang lain. Kegiatan bersama-sama sangat baik untuk diadakan di daerah walaupun menuntut banyak tenaga dan masa. Namun kesannya kepada jemaah secara umum adalah sangat baik. Oleh itu, pada tahun 2018, Daerah Kuching Barat akan mengadakan beberapa program bersama-sama, antaranya adalah:

1. Malam penetapan perjamuan suci
Tarikh: 29 March 2018 (Khamis)
Tempat: Kota sentosa

2. Hari Keluarga (sukan)
Tarikh: 1 Mei 2018 (Selasa)
Tempat: MBKS stadium
Jam: 9pagi-4:30ptg

3. Malam kesyukuran Pri-Bumi
(Muzik; kesaksian peribadi, slide
pelayanan)
Tarikh: 28 July 2018 (Sabtu)
Tempat: Trinity

4. Ceramah Pengurusan Kewangan
Tarikh: 20 Jan 2018 (Sabtu)
Tempat: Trinity
Jam: 2ptg-8mlm

5. Pra-Krismas gabungan
Tarikh: 8 Dis 2018 (Sabtu)
Tempat: Matang

6. Kursus Apologetik 2018 (dianjur
oleh Gereja Methodist Sentosa)
Tarikh: 17 Sept 2018
Tempat: Gereja Methodist Sentosa
Masa: 8pagi – 8mlm
Penceramah: Pr Danny Pang

Walaupun acara gabungan pelayanan daerah Kuching Barat hanya pada tahun 2017, namun semuanya berjalan dengan lancar. Semua jemaah gereja pelayanan BM sangat bersemangat untuk melayani Tuhan.

Pr Patick Taie
Gereja Methodist Trinity, Kuching