RUAI BM: Ulang Tahun PBM Gereja Methodist Trinity ke-16

with No Comments

Ulang tahun ke-16, memberi kami mesej yang tersendiri dan berharga, iaitu kami diperingatkan dengan Firman Tuhan yang berkata “ada waktu untuk segala sesuatu” Pengkhutbah 3:1-11. Dengan itu kami jemaah PBM Gereja Methodist Trinity harus menggunakan setiap peluang yang ada dengan sebaik-baiknya sebelum waktunya berakhir. Perayaan ulang tahun pada tahun ini telah dihadiri seramai 216 orang, Tujuan utama kami merayakan ulang tahun ke-16 ini adalah untuk menyatakan ucapan syukur kami kepada Tuhan, atas anugerah-Nya dan penyertaan-Nya selama ini. Tanpa kehadiran Tuhan dalam pelayanan ini adalah mustahil pelayanan ini akan bertahan sehingga hari ini. Selain itu, melalui perayaan ulang tahun ini juga kami merayakan untuk mengatakan kepada orang yang belum datang ke gereja dan belum terima Yesus masuk ke dalam hidup mereka bahawa dalam Yesus ada harapan dan jaminan untuk hidup ini.

Sepanjang 16 tahun pelayanan BM ini telah dimulakan, banyak perkara yang telah terjadi. Dengan permulaan yang sangat sederhana menjadi sangat mengagumkan terutamanya terhadap perubahan hidup yang dialami oleh setiap jemaah yang ada daripada pelayanan ini bermula. Mereka telah setia dan kekal di gereja ini sampai hari ini tanpa mengundur diri. Kehadiran Tuhan sepanjang 16 tahun ini telah memberkati dan menyentuh orang yang banyak sehingga hari ini, banyak antara mereka sekarang ini adalah pemimpin dalam pelayanan. Oleh itu, selagi kehadiran Tuhan ada dalam setiap yang kita lakukan pasti perkara-perkara yang besar akan terjadi dalam kehidupan Jemaah-Nya.

Syukur yang tidak terhingga meluap daripada hati nurani setiap jemaah gereja yang hadir, semua ini dapat kita lihat daripada semangat mereka dalam persembahan yang dipersembahkan oleh mereka. Ternyata Tuhan sangat baik dalam hidup mereka, dahulu mereka pemabuk, sekarang mereka pemimpin gereja; dahulu mereka perokok sekarang mereka adalah penyembah Tuhan yang setia. Tanpa kehadiran Tuhan dalam hidup ini, hidup ini tidak akan bererti. Semuanya terbukti daripada kesaksian peribadi saudara Thomson beraya. Dia dahulunya seorang yang tidak minat untuk pergi ke gereja sekarang dia adalah seorang yang giat melayani Tuhan. Daripada kesaksiannya, dia menceritakan anugerah Tuhan yang menolongnya sejak kecil sehingga hari ini. Dengan pengalaman yang sangat manis dengan Tuhan, telah menyebabkannya terus setia dan taat kepada Tuhan. Dan seterusnya memberikan dirinya untuk melayani Tuhan sepenuh masa pada tahun akan datang.

Selain kesaksian peribadi saudara Thomson, perayaan ulang tahun yang ke-16 ini juga diwarnai dengan persembahan-persembahan daripada pelayanan kanak-kanak, pemuda-pemudi, wanita, wira dan komiti. Tema nyanyian yang menjadi dorongan kepada kami semua adalah “hidup ini adalah kesempatan”. Oleh itu, kami berjanji untuk tidak mensia-siakan kesempatan ini malah melayani Tuhan sehingga akhir hidup kami.

Kebesaran Tuhan itu nyata dan Dia harus dimuliakan dalam segala perkara dalam hidup ini. Hidup ini menjadi bererti jika Yesus sesungguhnya bertakhta dalam kehidupan kita secara peribadi. Sebab hanya Yesus sahaja yang dapat menolong dan menjamin hidup masa depan kita. hidup ini hanya kesempatan dan tidak akan berulang untuk kali kedua. Ulang tahun gereja kami sangat penting untuk diingati setiap tahun. Hal ini disebabkan, kerana Dia hidup ini kekal tenang, bahagia dan indah.

Pr Patrick Taie
Gereja Methodist Trinity