Pada hujung tahun 2015, Ps. Roselind mengajak saya untuk mengikuti kelas pemuridan. Beliau menceritakan pengalamannya belajar buku pemuridan merah selama beberapa hari di Sibu dan pengalamannya mendapat ilham yang baharu melalui pembelajaran buku merah. Bagi saya pada waktu itu, tujuan utama saya mengikuti kelas pemuridan adalah kerana saya ada masa terluang.
Sebelum saya mengikuti kelas pemuridan, saya adalah orang percaya tetapi tidak benar-benar setia.
Kebanyakan teman-teman saya semasa menuntut di Universiti di Kuala Lumpur adalah orang-orang yang tidak percaya jadi kadang-kala saya ikut sahaja kehendak mereka dan jarang sekali bersaksi tentang kepercayaan saya kepada teman-teman saya. Saya pergi ke gereja setiap minggu dan mengikuti ‘cell group’ tetapi saya tidak mempunyai hubungan akrab dengan Tuhan, saya juga jarang sekali mengucapkan syukur atas pemberian Tuhan. Saya mencari Tuhan apabila saya menghadapi masalah tetapi pada waktu tertentu saya lebih mendengar kehendak hati sendiri.
Pemuridan mengajar saya, makna Alkitab, melucukan apabila saya jauh dari keluarga, biasanya saya letak alkitab di tepi bantal seakan-akan Alkitab sebuah talis akan tetapi firman itu tidak ada ertinya kerana saya tidak melihat dia sebagai sesuatu yang berotoritas.
Suatu ketika dulu, sebelum mengikuti kelas pemuridan, saya membaca Alkitab untuk mencari cara menyelesaikan masalah tetapi apabila saya habis membaca satu atau dua perenggan dan tidak menemukan jawapan yang saya mahukan maka saya akan menutupnya dan melayari internet atau mencari teman-teman untuk meluahkan isi hati.
Saya tidak melihat firman Tuhan itu hidup dan berotoritas dalam hidup saya. Kini, firman Tuhan itu berotoritas, cara saya membacanya tidak pernah sama. Apabila saya merenungkan firman Tuhan itu, saya dapat melihat kuasanya di dunia ini dan Alkitab menjadi asas dalam kehidupan saya.
Dari minggu ke minggu pemuridan mengubah cara saya melihat dunia, cara pemikiran dan cara pergaulan saya dengan orang di sekeliling saya. Apabila saya berasa takut untuk melangkah dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara, Tuhan akan menyatakannya melalui kelas pemuridan bahawa saya dapat mengalami kehadiran dan kuasa Roh Kudus dalam hidup ini.
Topik tentang Kuasa Roh Kudus ataupun penolong yang diberikan oleh Bapa di Syurga, memberikan saya kekuatan bahawa saya tidak bersendirian, Tuhan telah memberikan Roh kudus yang membolehkan murid-muridnya memperoleh keberanian dan melakukan mukzijat pada masa lalu dan begitu juga pada masa ini. Tuhan bukan saja memberikan Roh kudus kepada saya dan juga setiap orang yang percaya.
Pemuridan memerlukan komitmen untuk membaca dan mengerjakan setiap kerja rumah dengan setia. Pemuridana tidak akan mudah tetapi apabila dilakukan dengan setia dia dapat mengubah hidup dan cara pemikiran kita.
Sekiranya kita ingin berubah dan melihat dari sudut pandangan yang berbeza maka jangan pernah membiarkan dunia mengalahkan diri kita. Akan ada banyak perkara yang membuatkan kita tidak mempunyai masa untuk membuat kerja rumah bahkan tidak hadir kelas, akan tetapi mintalah pertolongan dari Roh kudus untuk memberikan kita fokus dan tidak mudah ditewaskan oleh hal-hal yang di sekeliling kita.