RUAI BM: Kuching Barat Malam Kebudayaan PBM

with No Comments

Untuk menanam rasa syukur kepada Tuhan terhadap keunikan yang dimiliki oleh setiap suku pribumi dalam pelayanan bahasa Melayu, maka satu acara telah dirancangkan di gereja Trinity Methodist pada 29 July 2017. Tujuan utama daerah kuching Barat PBM menganjurkan acara gabungan ini adalah untuk menanamkan rasa syukur kepada Tuhan.

Tema acara gabungan malam kebudayaan ini adalah “SukuKu” – istimewa, – berharga dan – unik. Tuhan telah menganugarahkan setiap suku bangsa dengan keunikan, keistimewaan yang sangat indah. Oleh itu, untuk menghargai keunikan dan keistimewaan ini maka setiap suku harus menggunakannya untuk memuliakan Tuhan. Keunikan dan keistimewaan ini adalah pemberian daripada Tuhan dan perlu dihargai dan digunakan untuk melayani orang lain yang belum mengenali Tuhan. Supaya pribumi yang lain juga tahu mereka unik dan istimewa di hadapan Tuhan.

Untuk mengucap syukur kepada Tuhan atas segala keunikan yang dimiliki oleh setiap suku pribumi yang ada dalam jemaah pelayanan bahasa Melayu di Daerah Kuching Barat maka “kebaktian malam kesyukuran dan kebudayaan telah diadakan di Gereja Methodist Trinity. Acara kebaktian malam itu diwarnai dengan pakaian-pakaian tradisinal serta tarian-tarian pribumi beralaskan nyanyian-nyanyian rohani.

Pelayanan BM sangat istimewa kerana jemaahnya terdiri daripada semua suku bangsa, seperti iban, bidayuh, kayan, kenyah, Lun Bawang, Berawan dan penan. Walaupun latar belakang dan suku bangsa mereka berbeza namun semua jemaah boleh duduk bersama-sama kerana kasih Yesus yang ada dalam hati setiap mereka. Oleh sebab kasih Yesus maka setiap perbezaan antara mereka tidak dapat memisahkan satu dengan yang lain.

Malam kesyukuran dan kebudayaan yang pertama kali di daerah Kuching Barat ini telah menarik seramai lebih daripada 200 orang. Firman Tuhan dikongsikan oleh Rev Mok IK, yang menyentuh suku-ku – istimewa, unik dan berharga di hadapan Tuhan sesuai dengan Firman Tuhan yang berkata “..biarlah setiap yang bernafas memuji Tuhan (Mazmur 150:6)

/ Pastor Patrick Taie
Gereja Methodist Trinity, Kuching