RUAI BM: Bilik DOA

with No Comments

Matop, Julau
Ling Fang Fang
Doakan agar kursus pemuridan yang dia kendalikan akan membina kehidupan rohani jemaat serta berghairah untuk menginjil khususnya kaum bangsa mereka sendiri. Ada beberapa keluarga mengalami perkabungan akhir-akhir ini, doakan Allah Bapa menghiburkan hati mereka dan megukuhkan iman mereka. Semoga Tuhan Bapa memberkati dia dengan tubuh badan yang sihat supaya dapat melayan dengan berkesan.

Lawas Care Centre, Lawas
Kong Moi Fah
Berdoa untuk murid-murid Penan yang akan menduduki pelbagai peperiksaan: Suffine – UPSR, Jossica – PT3, Yoas & Robina – SPM. Sila terus berdoa untuk ahli keluarganya agar sedia menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat mereka masing-masing.

Light House,Kapit
Chua Koh Kui & Ling Leng King
Mereka sekarang ditempatkan di Light House, Kapit untuk melayani kaum Iban di sana. Doakan agar Tuhan Bapa menguatkan iman mereka and mengurniakan mereka dengan kebijaksanaan dan sensitivi dalam tugasan dan cabaran baru ini.
Kem Alkitab kanak-kanak akan diadakan di Light House pada 27-29 Ogos. Doakan agar semua persediaan dijalankan dengan lancar dan setiap kanak dapat menemui Tuhan Yesus secara istimewa. Seterusnya kedua-dua mereka akan menyertai misi jangka pendek ke Ulu Entabai dari 29 ke 31 Ogos dengan Gereja Methodist Shiuan Daw. Sila berdoa untuk keselamatan dan pelayanan mereka.