RUAI BM: Keunikan Peribumi dari sudut “Makanan Tradisinal”

with No Comments

Pribumi bukan hanya unik atau istimewa dari sudut kebudayaannya tetapi pribumi juga unik dan istimewa daripada segi makanan tradisionalnya. Oleh itu, pada tahun ini pelayanan BM Gereja Trinity Methodist telah menetapkan 22 July 2017, jam 1-5 petang adalah hari makanan tradisi suku pribumi yang ada di Sarawak.

Berbagai-bagai jenis makanan daripada setiap Pribumi (Iban, Bidayuh, Orang Ulu) yang ada di Sarawak. Sebagai contoh, pansuh babi, ayam, kuih jala, terung pipit, daun ubi, rebung dan nubah laya, tinapi dan makanan tradisi Bidayuh. Selain makanan kami juga memperkenalkan kraftangan, beras dan garam.

Setiap suku pribumi yang ada di sarawak memiliki cara masakannya dan makanan tradisinya yang tersendiri. Oleh itu, pelayanan BM Trinity ini memperkenalkan keunikan pribumi daripada sudut makanannya dan cara masakannya. Semuanya ini telah diwarisi oleh mereka dari turun- temurun. Keunikan ini perlu dikekalkan bagi menyatakan kebaikan dan anugerah Tuhan terhadap suku peribumi. Makanan merupakan pemberian Tuhan untuk semua suku dan bangsa. Dengan itu, kami orang pribumi harus berbangga dengan pemberian Tuhan yang sangat istimewa ini.

Untuk memeriahkan program minggu pribumi di Gereja Trinity, maka pelayanan Bahasa Melayu melakukan sesuatu kelainan di samping menikmati makanan tradisi pribumi, kami juga mengadakan tarian buluh, dan tarian ngajat, semajau dan orang ulu. Acara menyumpit juga diadakan, semuanya ini diadakan untuk menyatakan keunikan ciptaan Tuhan.

Allah mnciptakan semua orang adalah unik dan istimewa khusunya suku pribumi dengan memberikan mereka keistimewaan daripada sudut makanan tradisinya. Makanan ini hanya diamalkan antara suku mereka, makanan ini juga menjadi warisan peribumi sehingga hari ini. Dengan adanya program ini maka bangsa yang bukan pribumi dapat mengenali dan memahami kehidupan orang pribumi daripada sudut makanan tradisinya. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat unik dan istemewa dan perlu dikekalkan bagi kemuliaan Tuhan dalam kehidupan pribumi.

/ Pastor Patrick Taie
Gereja Methodist Trinity, Kuching
18
分享 Share