Tema: Carrying on our legacy
Tempat: Port Dickson Methodist Centre
Tarikh: 24-27 Jun 2017
Topik dan Penceramah:
1. Opening Ceromony / Theme Talk (Bishop Dr. Ong)
2. “Knowing Our Malaysian Christian Heritage” (Chrisanne Chin)
3. Legacy 1: Transforming The Nation (Mr. Anthony Row)
4. “Knowing Ourselves As Methodist Youth (Michael W)
5. Legacy 2: Scriptural Holiness (Rev Tie King Tai)
6. Closing Ceremony & Holy Communion (Bishop Dr. Ong)
Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan ialah Theme Building / Games, perbincangan dalam persidangan, pujian penyembahan, doa dedikasi; aktiviti luar seperti bermain bola sepak, berenang, dan bermain di tepi pantai.
Seramai 185 peserta daripada persidangan-persidangan gereja Methodist Malaysia datang berkumpul di Port Dickson Methodist Centre selama empat hari tiga malam. Peserta daripada Pelayanan Bahasa Malaysia (SCAC) pertama kalinya menyertai persidangan muda-mudi ini sudah pastinya teruja dengan program yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Yang menariknya, persidangan ini bukan hanya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin persekutuan muda-mudi, tetapi juga dihadiri oleh pastor-pastor, pelayan sepenuh masa di gereja dan mereka yang sudah bekerja.
Persidangan ini adalah salah satu landasan yang sangat baik untuk mengeratkan hubungan dan saling mengenal antara peserta yang datang dari persidangan lain. Perbezaan bahasa dan warna kulit, bahkan budaya tidak menghalang peserta untuk menjalin persahabatan dan berkongsi mengenai pelayanan masing-masing sepanjang berada di sana. Bagi pemimpin muda-mudi, persidangan kali ini memberi kesedaran dan cabaran kepada mereka dalam meneruskan warisan kepada generasi masa akan datang.
Selain itu, saya juga sebagai pastor, dapat terus diingatkan mengenai sejarah gereja Methodist, kepercayaan, struktur dan tanggungjawab ahli Methodist oleh Bishop. Perkongsian Presiden mengenai “Scriptural Holiness” yang berbicara tentang Sex, Power, Money (SPM) adalah satu motivasi yang baik kepada golongan muda-mudi mahupun peserta yang lain. Presiden turut menyentuh hal meminum minuman beralkohol, pelayanan sosial dalam kalangan masyarakat dan mereka yang memerlukannya. Keadaan kristian di Malaysia, penganiayaan Kristian di seluruh dunia dan pergerakan pengislaman peringkat global, membuka mata para peserta.
Saya berharap, para peserta dapat terus berdoa dan bersama-sama kita bersatu dalam merealisasikan tema iaitu “Carrying on our legacy” untuk kemuliaan Tuhan. Kita berdoa agar terjadi kebangkitan rohani dalam kalangan generasi muda-mudi dan pemimpin-pemimpin, sehingga mereka menjadi berkat kepada gereja, masyarakat, negara dan dunia. Terpujilah Tuhan!