Shalom Saya Liliani Ketua. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membuat perkongsian. Saya ingin pulangkan syukur kepada Tuhan kerana telah memimpin saya dari tahun lepas sehingga saya masih boleh bernafas pada saat ini. Tuhan telah memimpin dan memberkati kehidupan saya sehingga tahun ini. Pada tahun ini saya dapat melihat keputusan SPM saya yang pada tahun lepas. Walaupun tak berapa baik tapi saya tetap bersyukur kerana keputusan yang saya dapat itulah hasil usaha saya selama ini. Tanpa Tuhan kita tak mampu menghadapi semua cabaran. Disebabkan saya utamakan Tuhan, saya dapat menghadapi semua cabaran kerana tanpa Tuhan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Oleh itu, kita harus mengutamakan Tuhan dalam kehidupan kita.
Saya juga ingin menasihatirakan-rakan terutamanya yang berada di Care Centre supaya belajar bersungguh-sungguh kerana di sana ada guru tuisyen yang datang mengajar. Jadi, hargailah usaha mereka. Hargailah masa yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak menghargai masa, kita akan menyesal akhirnya. Berusahalah selagi masih ada peluang untuk belajar. Buatlah yang terbaik dalam pembelajaran, anak-anak Long Adang pasti boleh!
Sampai sini sahaja perkongsian saya. Tuhan memberkati kita semua. Doakan untuk persekolahan saya yang seterusnya.
Liliani Ketua
Anak Pa’ Adang yang pernah berasrama di Lawas Care Centre