Saat yang dinanti-nantikan sekian lama telah tiba pada hari ini.
Selepas tayangan “Kisah Yesus” yang ditayangkan pada 1 Disember 2003 telah menarik seramai 200 lebih orang Pribumi dari sekitar Gereja Methodist Xin Fu Yuan (XFY) pada masa itu dan kebanyakan mereka mengalami sentuhan Roh Kudus.
Jadi dalam tempoh masa 2003 hingga 2005, kerja Pelayanan BM XFY semakin dititikberat. Kemudian Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pelayanan BM telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2006.
Selain daripada Kebaktian BM, Persaudaraan Muda Mudi, pengajaran Sekolah Minggu (seramai 50-60 kanak-kanak) juga dimulakan.
Pada mulanya, pelayanan ini dibimbing oleh Pastor Rohana. Kemudian tugas ini diambilalih oleh Rev Ling Biu dan Persaudaraan Muda Mudi Sesi Cina turut mengambil bahagian dalam pelayanan BM ini. Lepas itu, Rev Sency Ling meneruskan pelayanan sehingga kini.
Pada masa ini, Kebaktian Pelayanan BM diadakan di Bilik Markus setiap hari Ahad pada pukul 7 petang. Sementara itu, Pengajaran Sekolah Minggu BM diadakan di Pusat Laichee (Sesi Pagi pada pukul 9:30-11:00) dan Bilik Kasih Gereja XFY (Sesi Malam pada pukul 7:00 – 8:30).
Pada 23 Ogos 2012, AJK Pelayanan BM Gereja Xin Fu Yuan telah membuat keputusan untuk membeli sebidang tanah yang terletak di Jalan Manggis untuk kegunaan Pembangunan Pelayanan BM. Kos yang diperlukan sebanyak RM850,000 telah berjaya dikumpul dalam tempoh 3 bulan.
Walaupun terdapat halangan dan cabaran dalam proses permohonan SPA daripada pihak Kerajaan Negeri, akhirnya kami berjaya mendapat kelulusan pada September 2015.
Oleh itu, saat untuk mendirikan Pusat Komuniti Gembala Baik yang dinanti-nantikan telah tiba pada hari ini, iaitu 26 Mac 2017.
Kira-kira pukul 11:15 pagi, sekumpulan kanak-kanak Sekolah Minggu telah tiba di tempat Upacara Pemecahan Tanah dari Pusat Laichee, sementara itu sekumpulan Jemaah Cina turut hadir ke tempat tersebut atas bimbingan Rev Tie King Tai, Presiden SCAC, dan pendeta-pendeta Gereja XFY selepas tamatnya Kebaktian Sesi Pagi yang kedua itu.
Di bawah matahari yang begitu terik, semua jemaah menyembah puji kepada Tuhan Allah dengan satu hati. Selepas doa bimbingan Rev Kong Chong Ling, Rev Tie pun menyampaikan Firman Allah yang diperolehnya dalam masa teduhan pagi hari tersebut kepada semua Jemaah.
Rev Tie memperingatkan semua Jemaah agar mempelajari ajaran Raja Solomon dalam Pembangunan Bait Suci Allah itu, iaitu janganlah kita hanya mengutamakan usaha pembangunan fizikal bangunan gereja tetapi mengabaikan usaha-usaha yang lebih penting dalam pembentukan binaan rohani jemaah-jemaah.
Selepas nasihat Rev Tie, semua ahli wakil perbadanan pun mengambil bahagian dalam ucap syukur kepada Tuhan Bapa secara bergilir-gilir dan teratur.
Masa yang paling menyentuh perasaan ialah saat semua jemaah dari semua taraf dan peringkat telah ambil bahagian untuk mencangkul tanah yang dipenuhi restu itu sebagai tanda pengisytiharan rasmi Upacara Pemecahan Tanah tersebut.
Kami boleh berasa bahawa tanah yang kami pijak pada hari itu agak lembut dan longgar, itu bagaikan satu gambaran Tuhan Allah berikan kepada kami bahawa pada zaman dan waktu ini, pelayanan dalam kalangan pribumi bukan lagi satu bidang tanah yang keras tetapi adalah lembut sebab pribumi telah bersiap sedia dan inilah masa dan saat yang paling sesuai untuk mereka menerima Berita Baik penyelamatan Yesus Kristus melalui usaha penginjilan kami semua atas pimpinan Roh Kudus.
Walaupun hari ini kami semua telah menyaksikan pemecahan tanah pembangunan fizikal, tetapi sebenarnya Roh Kudus telah pun memecah tanah secara rohani dalam hati jemaah Cina yang setia cinta kepada-Nya lebih kurang lima belas tahun yang lalu dan mendorong mereka untuk memulakan usaha pelayanan penginjilan dalam kalangan pribumi.
Semoga pemecahan tanah ini adalah langkah pertama yang indah dan penuh restu serta sebagai tanda menuju ke arah pembangunan lebih banyak gereja pelayanan BM pada masa yang akan datang demi Kemuliaan Nama Tuhan Allah, Tuhan Yesus Kristus dan Roh Kudus selama-lamanya.
Kerja Pembangunan mulia ini memerlukan kos pembinaan sebanyak RM3.50 juta, dan setakat kini kami telah pun mengumpul sebanyak RM2.16 juta iaitu masih kekurangan RM1.34 juta. Semoga semua Jemaah dapat bersatu hati untuk menyempurnakan dan menyertai Kerja Pembangunan Gereja Pelayanan BM yang dijangka siap pembinaannya pada akhir Tahun 2018.