Ruai BM: Hallan Hashim Pemuda Pertama dari Tudan yang memasuki universiti

with No Comments

Hallan Hashim, berbangsa Iban, dia menerima Yesus Kristus sebagai JuruSelamat semasa dia belajar di Tingkatan 4, iaitu tahun 2007 ketika dia menyertai Kem ISCF anjuran sekolah bawah pimpinan Cikgu Charles dan Cikgu Wong Kung Kui di Bakam.

Dalam kem itu, Hallan telah berdoa kepada Tuhan Allah, dan Tuhan telah memberi satu visi kepadanya. Dalam masa yang sama, dia ternampak Tuhan Yesus Kristus disalibkan.

Walaupun Hallan amat suka muzik tetapi dia tak pernah belajar bermain gitar dan tak pernah mempunyai keinginan untuk belajar gitar.

Selepas Kem ISCF tersebut, Hallan mula bermain gitar disebabkan tidak ada pemain gitar dalam sesi puji dan penyembahan. Oleh itu, dia bermula dengan menjemput kawan-kawan dan melibatkan diri di dalam puji dan
penyembahan.

Selain daripada gitar, Hallan juga bermain bass, drum, piano. Baru-baru ini, dia telah mula bermain satu peralatan muzik tradisional, iaitu sape. Sape merupakan sejenis alat muzik yang unik. Yang paling penting ialah Hallan menggunakan alat muzik ini untuk menyembah Allah Bapa dan dia telah banyak memperbelajari alat muzik ini daripada para pastor dan pendeta. Lagu pertama yang dia telah mainkan dengan sape ialah “Kutetap Cinta Yesus”.

Sebenarnya, Hallan merupakan pemuda pertama dari Tudan yang berjaya memasuki universiti, dan segala kewangannya di sana telah dibiayai oleh Gereja Methodist Tudan.

Pada November 2015, Hallan telah menamatkan pengajian Perniagaan dalam Sumber Manusia. Lepas itu, dia meneruskan pengajiannya dalam Music Technology (Western Music) di USM.

Semasa Hallan masih belajar, dia telah menyertai kelas saksofon. Pada 3 tahun pertama, dia dalam pergelutan kerana dia telah menghadapi pelbagai masalah dan masalah terbesar ialah dia tidak mempunyai alat muzik sendiri. Konduktornya selalu memarahinya dan menyebabkan Hallan teringin untuk berhenti kerana dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan tekanan yang melanda itu. Konduktor Hallan memberitahu dia bahawa dia mempunyai bakat tetapi yang dimahukan beliau ialah tahap Hallan dalam bermain alat muzik tersebut. Akhirnya, Hallan mula belajar untuk berfikiran secara positif dan cuba mencabar diri sendiri. Oleh itu, dia telah menyertai “Asian Got Talent”.

Hasrat Hallan ialah ingin menginspirasi orang ramai dan dia juga ingin melihat pergunaan Tuhan dalam diri sendiri. Dulu dia tidak berkeyakinan dalam diri sendiri tetapi Tuhan telah membawa dia melalui semua ini. Jadi Hallan ingin mengambil kesempatan ini dan berharap dapat menginspirasi kehidupan orang lain melalui muzik.

Hallan selalu beranggapan dia boleh menggunakan muzik untuk mendekati orang di sekelilingnya. Dia merasakan muzik merupakan satu kunci dan suatu senjata yang paling berkuasa untuk memulakan misi ini.

Selepas beberapa tahun bermain muzik, Hallan mendapati bahawa banyak kurniaan muzik di kalangan bumiputera. Mereka suka muzik dan dia dapat menginjil pemuda-pemudi ini melalui muzik. Oleh itu, dia telah pun memulakan kelas muzik dan mengkongsikan muzik di sekolah-sekolah.

Hallan berkata impiannya adalah mengetahui bagaimana Tuhan mahu menggunakannya selanjutnya. Hallan bukan berasal daripada keluarga yang berada, dia hanya seorang manusia biasa tetapi dia tahu yang membantu saya dari belakang ialah Tuhan Yesus.
Ditemuduga oleh Saffron Lee
Dicatat oleh Matahari Yong