Secara ringkasnya, dalam Lifegame saya hanyalah menjalani hidup yang sederhana. Kehidupan yang agak menyeronokkan. Walapun begitu, pada penghujung program saya telah terlupa sesuatu yang amat penting dan menerima padahnya. Bersyukurlah semuanya hanyalah permainan.
LIFEgame mengajar saya untuk menjadi seseorang yang beriman kepada Tuhan. Selain itu, saya juga tidak boleh mementingkan diri, sebaliknya mementingkan makna kehidupan bersama Tuhan Yesus.
—— William Tungga (SIB)
Saya rasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang untuk saya meneruskan kehidupan yang bermakna ini.
Saya perlu hidup dalam kehidupan yang bermakna iaitu hidup bersama Tuhan Yesus Kristus. Saya sedar bahawa apabila menerima sesuatu daripada doa kita, kita patut bersyukur kepada Tuhan Yesus Kristus kerana Dia telah menunaikan permintaan kita. Saya juga sedar pembelajaran di sekolah amatlah penting dalam hidup dan kita tidak seharusnya mensia-siakan ilmu tersebut.
—— Hillary bin Sinsoh (SMK Sungai Paoh)
Kehidupan saya di LIFEgame adalah sederhana. Saya menikmati hari-hari dan pengalaman yang banyak seperti bergembira, berpesta, mendengar firman Tuhan, mempersembahkan bakat dan memberi pendapat.
Saya belajar sesuatu yang dapat membentuk sahsiah diri saya. Selain itu, saya juga belajar cara untuk menjadi umat Tuhan yang terbaik di samping mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalam hidup. Saya juga belajar sesuatu iaitu cara untuk hidup berdikari.
—— Fatdro Alester ak Omar
Cerita kehidupan saya dalam LIFEgame ini adalah pada mulanya, saya memang tidak faham apa-apa. Setelah saya mendengar perkongsian Cikgu Wong (penceramah), saya faham, dan saya memulai ingin memiliki apa-apa yang saya tidak ada. Setelah itu, saya terus fokus pada permainan ini seperti saya menjalani kehidupan sebenar saya.
Pembelajaran terpenting dalam hidup saya dalam LIFEgame adalah arah tujuan kehidupan saya untuk Berjaya. Saya menggunakan jalan Jesus Kristus untuk terus melangkah ke hadapan, dalam alkitab tertulis Matius 3:15 “tetapi Yesus menjawab, “untuk sekarang ini biarlah demikian, kerana dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Allah,” kita hendaklah mencari kerajaan Allah dahulu. AMIN!
—— Alexander ak Penguang
(Gereja Methodist Tian En)
Pembelajaran terpenting bagi saya ialah saya dapat belajar menghargai usia muda itu dengan sebaiknya untuk mengejar cita-cita sekali gus menjadi umat-Nya yang seimbang dan tidak mengejar duniawi sehingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang penganut kristian.
—— Cecelia Inya (SMK Sarikei Baru)
Dalam LIFEgame, saya seorang peniaga yang mewarisi perniagaan ibu bapa saya. Saya terlalu sibuk mengejar kesenangan hidup hinggakan saya melupakan ajaran agama. Kesukaran untuk memenuhi semua keperluan asas kerana ekonomi yang tinggi.
Akhirnya saya sedar erti kehidupan sebenar. Manusia terlalu sibuk untuk bekerja sehingga melupakan agama. Hidup saya masih belum lengkap sekiranya saya tidak tahu apa-apa tentang agama. Saya amat bersyukur kerana saya telah memahami kehidupan yang sebenar pada masa akan datang.
—— Florentina ak James Jafar
(SMK Sungai Paoh)
Semasa di Lifegame ini saya banyak belajar cara untuk saya menguruskan diri dan belajar menghadapi cabaran dan rintangan yang banyak yang bakal saya hadapi pada masa hadapan nanti. Perkara yang paling penting semasa mengikuti Lifegame ini ialah saya dapat mengenali Tuhan Yesus yang merupakan juru selamat.
Pembelajaran yang terpenting bagi saya di Lifegame ini adalah walau sesibuk manapun, apabila sudah bekerja nanti, saya mestilah mengutamakan Tuhan Yesus terlebih dahulu dan janganlah saya mudah terpedaya dengan ajakan syaitan yang sentiasa mengganggu kita.
—— Veronica Ronnie ak Jarau
Secara ringkasnya, kehidupan saya dalam Lifegame ada kalanya susah dan ada kalanya senang. Kehidupan saya dalam Lifegame ini begitu sederhana. Walau bagaimanapun, saya hanya mementingkan diri sendiri untuk menyara kehidupan seharian. Semakin hari, umur saya semakin meningkat. Saya amat kecewa kerana saya begitu cuai iaitu tidak memilih jalan untuk kebenaran yang membawa kejayaan tetapi saya tidak berputus asa untuk sentiasa mengenali Yesus Kristus dengan lebih dekat.
Pembelajaran terpenting bagi saya adalah semasa mendengar Firman Tuhan, saya dapat mempelajari pelbagai cabaran dalam kehidupan. Saya juga amat bersyukur kerana dapat belajar tentang kehidupan yang sebenar.
—— Angela Bayan ak David
(SMK Bandar Bintangor)
Saya mempelajari sesuatu yang sangat bermakna dalam kehidupan iaitu menerima Tuhan Yesus dalam diri. Saya juga mengenali bahawa kita tidak seharusnya terlalu mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sikap yang tamak akan menyebabkan seseorang mengalami kerugian. Saya harus pandai menguruskan masa dengan baik.
—— Angeline ak Johny
Pembelajaran terpenting bagi saya adalah kepentingan untuk mencari Yesus dalam hidup. Kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjangkaui pelayanan yang tertinggi. Walaupun begitu, kita mesti perlukan Yesus untuk membimbing kehidupan kita sepanjang hayat. Saya juga sedar betapa pentingnya Yesus dalam diri saya.
—— Medeline Minda ak Michael
(SMK Sarikei Baru)
Pembelajaran terpenting adalah dalam hidup ini kita janganlah terlalu mementingkan diri sendiri dan harus percaya kepada Tuhan Yesus, juru selamat kita. Tidak kira siapapun kita, kaya mana pun kita, kita tetap sama dalam mata Yesus Kristus kita. Jangan lalai dengan kehidupan dunia kerana kelalaian itu boleh menyesatkan dan membawa kita ke api neraka.
—— Koriena ak Jesnin (SIB)
Kehidupan saya dalam Lifegame adalah sangat mencabarkan kerana saya perlu mencari pekerjaan sendiri. Saya mengejar keinginan saya ketika dalam Lifegame. Saya hanya bekerja dan mengejar keinginan sepanjang masa dan mengabaikan Tuhan dalam kehidupan saya.
Pembelajaran terpenting bagi saya dalam lifegame ini adalah sentiasa mengingatkan Tuhan sepanjang masa walaupun dalam kesibukan bekerja atau menjalani kehidupan harian. Saya sangat menyesal dengan tindakan saya dalam Lifegame. Saya berharap agar apa-apa yang terjadi dalam Lifegame tidak akan terjadi dalam kehidupan sebenar saya.
—— Kerin Beredai ak Edward
(Methodist, Nanga Matap, Julau)
Dalam Lifegame, saya dilahirkan sebagai orang berkedudukan dalam golongan atasan, namun saya tidak mampu menjalani kehidupan dengan baik bukan sahaja dari segi kewangan / pekerjaan tetapi dari segi pelayanan kepada Tuhan.
Pembelajaran terpenting saya adalah jangan terlalu mengejar / berlumba dengan kehidupan di dunia tetapi selalu ingat akan keutamaan iaitu kehidupan selepas mati kerana kehidupan di dunia hanyalah sementara. Tuhan mengasihi umatnya.
—— Marylyn Ima (IPG Kampus Rajang)
Pengalaman saya semasa dalam Lifegame ialah saya dapat merasai kehidupan sebenar manusia dengan bekerja untuk menyara hidup. Oleh sebab itu, saya sentiasa bekerja keras untuk menyara hidup saya. Walalupun semua ini sementara tetapi saya tabah menerima cabaran hidup.
Yang saya dapat pelajari ialah saya tidak seharusnya mementingkan diri sendiri ataupun tamak dalam kehidupan. Saya seharusnya perlu menguatkan iman dan rohani dengan berdoa setiap masa. Saya juga perlu mengubah kesilapan saya dalam setiap perjalanan hidup saya.
—— Nuang ak Ambi (Methodist, Julau)