Nama saya Norak anak Juak. Saya berbangsa iban dan sudah berumah tangga serta mempunyai dua orang anak. Saya bukan dilahirkan daripada keluarga Kristian. Saya seorang yang sangat mementingkan adat tradisi orang iban iaitu miring dan sering merujuk kepada bomoh apabila saya menghadapi masalah.
Namun, setelah beberapa tahun belakangan ini, saya tidak lagi mengamalkan adat tradisi tersebut. Setelah saya menerima Yesus, saya selalu pergi ke gereja, kelompok sel dan persekutuan doa.
Pada tahun 2015, suami saya telah mengalami kemalangan di tempat kerjanya. Kaki suami saya telah patah, tumit kakinya pecah dan terpaksa menjalani pembedahan. Puji dan syukur kepada Tuhan kerana pembedahan tersebut telah berjalan dengan lancar. Dalam beberapa bulan, suami saya tidak boleh berjalan seperti biasa. Saya selalu berdoa dan membaca Firman Tuhan untuk suami saya. Puji dan Syukur kepada Tuhan sampai hari ini suami saya sudah dapat berjalan semula .
Dalam kehidupan ini, saya sering menghadapi masalah dan kesusahan selama saya menjadi seorang Kristian. Namun, saya tidak pernah mengalah walapun susah untuk berdepan dengan semua masalah ini. Melalui doa, saya serahkan pada Tuhan dan banyak membaca Firman Tuhan. Puji dan syukur kepada Tuhan sampai hari ini saya masih melayani Tuhan.
Puji Tuhan.
Norak ak Juak
Gereja Methodist Tudan, Miri