RUAI BM: MERAH Pertama

with No Comments

Puji Tuhan! Kelas Pemuridan buku Merah untuk yang pertama kali bagi gereja Mei Ann sudah selesai. Berakhirnya kelas ini menunjukkan bermulanya langkah setiap murid untuk lebih mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Buta huruf tidak menghalang seorang peserta untuk mengikuti Kelas ini sebagai pemerhati dan pendengar kerana di dalam Roma 10:17 mengatakan “Jadi, iman timbul dari pendengaran dan pendengaran oleh Firman Kristus”.

Untuk menghabiskan 34 topik bukan perkara yang mudah kerana pada mulanya yang mendaftar seramai 20 lebih Jemaah namun yang sampai ke garis penamat hanyalah 3 orang sahaja. Seperti yang dikatakan salah seorang peserta yang tamat pelajaran “…perlu berdisiplin untuk membuat kerja rumah…” dan komitmen yang sungguh untuk menamatkan kelas ini.

Menghabiskan kelas ini adalah sesuatu penilaian luaran kerana setiap peserta perlu mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Berdoa agar Tuhan menolong setiap peserta untuk meneruskan satu perjalanan yang baru untuk menjadi murid Yesus yang memuridkan orang lain demi mengembangkan kerajaan Allah melalui pelayanan Bahasa Melayu secara khusus.

Pastor Susanty / Gereja Methodist Mei Ann, Miri