RUAI BM: Elohim Pencipta

with No Comments

Kejadian 1:1, dalam Bahasa asalnya, bahasa Ibrani: Beresit bara Elohim et hassamayim veet haares. Beresit, bererti “Pada mulanya”; bara, bererti “cipta”; Elohim, tunjuk kepada “Tuhan Allah”. Oleh itu, Buku Kejadian dalam bahasa Ibrani adalah Beresit.

Walaupun singkat, tetapi keajaiban Alkitab kita, pada buku pertama, dan ayat pertama telah menjawabkan soalan setiap kanak-kanak, iaitu: “Bilakah dunia ini jadi? Siapakah yang menjadikan dunia ini?”

Elohim, Tuhan yang menciptakan dunia, diperhatikan dalam Alkitab Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, semua Tuhan, “T” yang berhuruf besar adalah menunjuk kepada Elohim, Tuhan yang benar, Tuhan yang pencipta. “t” yang huruf kecil semua menunjuk berhala, atau patung-patung. Bagi Bahasa Korea, Alkitab menunjukkan Tuhan pencipta, mereka menggunakan “Hana Nim” untuk memanggil Tuhan, untuk membezakan dengan berhala yang lain. “Hana” bererti satunya, “Nim” itu memanggil seseorang dengan hormatnya….seperti reveren, mereka memanggil “Boksu Nim”, cikgu dipanggil “Song seng Nim”.

Tuhan itu hebat yang menciptakan dunia ini, tetapi hari ini, banyak orang sudah tidak mahu percaya kepada kebenaran ini. Hari ini kereta yang kita gunakan, baju yang kita pakai, rumah yang kami tinggal, dalam logikal kita boleh memastikan ada seseorang yang menciptakannya. Dunia yang begitu cantik dan tersusun juga pasti ada seseorang pencipta.

Saat ini Sains di sekolah kita mengajarkan anak-anak kita bahawa dunia ini adalah dibentuk oleh satu letupan yang hebat. Mulai letupan itu, terbentuklah matahari, bintang, bulan dan bumi. Logikal yang sama, adakah kita minta satu pokok langsung menjadi satu sampan, tanpa seorang penciptanya, adakah ini boleh jadi? Pasti tidak dapat. Seharusnya ada seorang yang menumbangkan pokok dan membengkokkan kayu, menggunakan kapak dan menukul untuk membinakan sebuah sampan. Makin lama kajian dijalankan, ada ahli-ahli sains yang hebat, mereka percaya akan dunia ini pasti ada seorang Pencipta.

Kejadian 1:1 “Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi.” Firman ini adalah satu kebenaran. Elohim, adalah Tuhan yang satu-satunya pencipta. Kebenaran ini, kita sendiri harusnya mempercayainya, barulah dapat kita boleh mengajar kepada anak-anak kita. Jikalau kita tidak dapat percaya akan kebenaran ini, isi Alkitab yang seterusnya juga susah kita faham dan percaya.

Pastor Dorothy Hung, Selangau Preaching Centre, Sibu