RUAI BM: CKS di SMK Pakan

with No Comments

Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memimpin pelayanan kumpulan Calon Ke Syurga (CKS) sepanjang tiga hari di SMK Pakan.

Dalam kem ini, kebanyakan pemuda-pemudi adalah Kristian. Mereka mengikuti kebaktian di rumah panjang setiap minggu. Ada yang mengikuti ibu bapa pergi kebaktian sejak kecil lagi. Mereka jelas akan ada seorang pencipta di dunia ini. Tetapi, mereka tidak pernah fikir tentang perbezaan antara Tuhan yang dipercayai oleh mereka dalam agama Kristian dengan Tuhan dalam agama lain. Semasa kem dijalankan, mereka memberitahu kami, “Semua agama itu percaya satu Tuhan yang sama, cuma cara sembahyang itu tidak sama.” “Agama lain itu banyak pantang larang.” Apabila kem berakhir, kesemua 41 orang pemuda-pemudi dari SMK Pakan sudi menjawab panggilan untuk menerima Tuhan Yesus sebagai juruselamat dalam kehidupan mereka. Mereka mengenali Tuhan semula, dan membuat keputusan untuk memperbaharui kehidupan rohani mereka. Semua ini adalah kerja Roh Kudus dalam kalangan pemuda-pemudi.

Bagi saya, dilantik sebagai ketua kem ini memang beban besar untuk saya. Selama ini, saya sering berdoa tetapi susah menyerahkan hati dengan sepenuhnya kepada Tuhan. Saya tetap akan risau dan cuba mencari penyelesaian dengan kebolehan sendiri. Pada saat saya menerima tugas sebagai ketua kem ini, saya sedar, sudah tiba masanya saya perlu menempuhi rintangan ini dan berubah.

Doa merupakan pegangan utama kumpulan CKS dalam menjalankan pelayanan bumiputera selama ini. Dalam proses perancangan kem ini, saya cuba melepaskan tangan dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Saya sengaja tidak berfikir dan risau terlalu banyak, lalu biarkan Tuhan mengatur mengikut rencana-Nya. Proses ini sangat susah, tambahan pula separuh daripada sukarelawan kem kali ini adalah pelayan yang pertama kali ikut CKS. Tetapi setiap kali apabila saya mula risau, saya mengingatkan diri untuk berdoa kepada Tuhan, dan memohon pertolongan daripada Dia.

Apabila tarikh kem semakin menghampiri, sukarelawan dalam kumpulan CKS mula menghadapi masalah dalam kehidupan masing-masing: yang perlu kerja, masa mesyuarat terjatuh pada masa kem; ada yang kesihatan terganggu; ada yang sibuk dalam pelayanan gereja. Guru di SMK Pakan juga memberitahu kami bahawa sekolah mengadakan Hari Permuafakatan Ibu Bapa pada hari pendaftaran kem. Kami risau bahawa pemuda-pemudi mungkin tidak sabar dan akan mengikut ibu bapa balik ke rumah selepas habis waktu persekolahan. Saya sendiri juga hampir tidak dapat sampai ke tapak kem pada masa yang dijangka disebabkan aktiviti rasmi di sekolah saya. Secara jujur, keimanan saya mula bergoyang apabila berhadapan dengan gangguan yang berlaku tiba-tiba secara berterusan.

Tuhan seolah-olah nampak kelemahan saya. Pada 18 Mac, seorang saudari di gereja saya berbual-bual dengan saya. Dia memberitahu saya bahawa kami boleh berkongsi perkara doa tentang kem CKS dalam kumpulan Whatsapp supaya mereka boleh berdoa untuk pelayanan kami. Melalui saudari itu, Tuhan telah mengingatkan saya bahawa yang kami lakukan adalah satu perjuangan rohani, jadi kami perlu kuat berdoa agar darah Yesus melindungi kami. Saya pun memulakan “enjin doa” bersama sukarelawan kumpulan CKS.

Namun, pada hari seterusnya, saya terima mesej daripada seorang sukarelawan bahawa nenek moyangnya telah masuk ICU dan keadaannya sangat kritikal. Hal ini berlaku di luar jangkaan dan neneknya hanya “tunggu masa”. Dugaan ini sangat besar dan susah untuk saya terima. Saya mula rasa tidak tentu arah. Pengerusi CKS memberitahu saya, perjuangan memang macam ini. Ketika itu, saya menyedari bahawa kami tidak dapat lakukan apa-apa selain daripada berdoa. Kuasa kami terhad, tetapi kami boleh mendapatkkan kuasa yang tiada batasnya daripada Tuhan. Doa, biar
Tuhan menjadi kapten kami!

Efesus 6:13 – “Oleh itu, pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah
kamu melakukan segalanya.” Kita bukan sahaja perlu menyerahkan segalanya kepada Tuhan dalam doa kita, malah kita perlu percaya sepenuhnya pada perlindungan Tuhan. Kini, kem sudah berakhir, kesejahteraan yang diberikan oleh Tuhan betul-betul melebihi pengertian manusia dan di luar jangkaan kita. 41 orang pemuda-pemuda berjanji memperbaharui kerohanian mereka. Sukarelawan yang baru mengikuti CKS juga menggunakan kebolehan masing-masing yang dikurniakan oleh Tuhan untuk mengenali kerohanian pemuda-pemudi dengan membina hubungan dengan mereka. Malahan, nenek moyang sukarelawan tersebut juga telah boleh makan dan bercakap! Haleluya, puji Tuhan!

Di tanah Sarawak ini, masih terdapat ramai orang yang belum pernah dengar berita baik tentang Tuhan Yesus. Adakah anda nampak hati Tuhan yang mengasihi kita, dan juga mengasihi mereka?

/Irene

Kali pertama, saya terlepas misi CKS di Lubok Antu. Kali ini, saya telah menyertai misi di Pakan dan ini juga Kem misi pertama saya.

Sebelum saya pergi, saya takut akan saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka kerana saya tidak fasih berbahasa Melayu. Semasa saya ke kem ini, saya mengendurkan diri dan bertutur dalam bahasa Melayu yang mudah. Mereka tidak keberatan dan bersedia untuk mendengar dan saya sangat menikmati dalam keadaan itu. Saya mendengar perkongsian peserta tentang kesengsaraan hidup mereka. Saya baru sedar bahawa saya hidup dalam keluarga yang diberkati, tetapi selalunya saya tidak bersyukur malah berasa saya sangat miskin.

Melalui kem ini, saya bukan saja menjadi sukarelawan untuk membantu, malah saya juga telah membetulkan mentaliti saya. Saya mengalami perasaan emosi yang berbeza dan saya perlu belajar untuk bersyukur, tidak berhenti untuk melayani Kristus, dan sentiasa mengingatkan diri saya supaya berkhidmat untuk Tuhan selagi saya masih hidup.

/Hung Yien Ching

Mula-mulanya, saya menyertai CKS sebagai sukarelawan ke SMK Pakan hanya kerana perasaan ingin mengalaminya. Keghairahan dan kenaifan peserta telah mengubah persepsi saya terhadap orang asli. Sebelum ini, saya berpandangan serong terhadap mereka kerana pekerja-pekerja di tempat kerja saya. Kini, saya sedar akan tanggapan saya sebelum ini adalah salah, sebenarnya golongan ini memerlukan bantuan dan galakan. Saya akan menggunakan cara yang sesuai untuk membantu mereka, saya juga akan cuba untuk mengubah persepsi saya tentang mereka, berkomunikasi dengan mereka, dan cuba memahami situasi mereka.

Sebelum ini saya menyertai latihan penginjilan XEE, tetapi sudah dua tahun saya tidak menyertainya. Selepas kem ini, saya sedar bahawa saya perlu benar-benar memikul misi saya sebagai seorang murid. Sebelum saya tidur setiap malam semasa di kem, saya merenungkan perkara yang saya lakukan ini adalah sesuatu yang berfaedah dan saya berasa gembira. Dalam perjalanan balik dari Pakan, saya berfikir bahawa sebenarnya saya mempunyai masa yang banyak dan saya memahami bahasa Iban, kenapa saya tidak meluangkan masa untuk menyertai ministry dalam kalangan orang asli? Saya bersedia menyertai CKS dalam kem yang akan datang jika memerlukan sukarelawan.

/Alan Hii Ding Lung