Ini adalah kali pertama saya menyertai CKS. Pelayanan mereka berfokuskan kepada pemuda-pemudi. Puji dan syukur kepada Tuhan kerana saya berpeluang untuk melayani bersama-sama dengan orang lain di SMK Pakan. Saya melihat betapa pentingnya untuk menginjili pemuda-pemudi kerana mereka adalah tiang masa depan negara dan juga generasi yang boleh mengubah bangsa mereka.
Saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar kelas nyanyian. Saya menggunakan masa ini bukan sahaja mengajar mereka menyanyi tetapi berkongsi dengan mereka cara-cara menginjil dan membawa mereka kepada Tuhan Yesus. Peristiwa yang membuatkan saya terharu adalah mereka berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh mereka dan saya berdoa untuk mereka satu-persatu. Pada saat itulah saya rasa roh Kudus sedang memimpin dan menyertai kami.
Perkara yang menyentuh hati saya adalah apabila brother Chuo berkongsi tentang cara untuk mendapat ‘pasport’ ke syurga dan kesemua pemuda-pemudi mahu menerima Yesus sebagai juruselamat dalam hidup mereka. Saya yakin bahawa Roh Kudus sedang bekerja dalam setiap hati pemuda-pemudi ini. Lebih-lebih lagi apabila brother Chuo berkongsi tentang memikul salib sendiri untuk mengikuti Tuhan dan membuat panggilan untuk menjadi pastor ataupun missionary sepenuh masa. Puji Tuhan apabila terdapat lebih kurang 5 orang telah menyambut panggilan ini. Kita harus berdoa dengan lebih tekun untuk mereka kerana mereka memerlukan bimbingan iman selanjutnya. Dengan adanya kem seperti ini, diharapkan iman pemuda-pemudi sekali lagi dicabar untuk lebih kukuh dalam Tuhan Yesus.
/Karen Ting