Ruai BM: KEM Dedikasi Daerah Miri

with No Comments

Tahun ini merupakan tahun ketiga Kem Dedikasi Anjuran Pelayanan BM SCAC diadakan di Daerah Miri pada 30 Mac 2019 bertempat di Gereja Methodist Permyjaya.

Sesuai dengan nama kem ini iaitu “Kem Motivasi”, tujuan kem ini dianjurkan adalah untuk memberi motivasi dan ceramah kepada semua yang bersedia untuk melayani sepenuh masa. Selain itu, memberi peluang kepada gereja setempat untuk mencari dan memantau belia yang berpotensi untuk menjadi bakal Pastor BM, lalu melengkapkan mereka dari segi kerohanian (spiritual formation) dan pengetahuan Alkitab (Bible Fluency).

Kem pada tahun ini dijalankan lebih awal berbanding tahun sebelumnya supaya dapat bersinambungan dengan Majlis Penamatan Kursus Kepimpinan Muda Mudi pada 30 Mac 2019. Seramai 60 peserta yang menghadiri kem ini dan yang pasti diberkati melalui perkongsian kesaksian peribadi dalam menyahut panggilan Tuhan dari tiga orang Pastor BM iaitu Pastor Ladeq Mutang,

Pastor Arin Manja dan Pastor Susanty Kedal. Hasil daripada kem ini, melalui borang maklum balas semua peserta, seramai 6 orang yang mempersembahkan diri sebagai pastor, 3 orang sebagai ahli misi dan selebihnya sebagai pelayan muzik dan pelayanan yang lain. Melalui respons semua peserta, tujuan kem ini dianjurkan hampir mencapai matlamat jika kem ini terus diadakan dan dibawah pimpinan setiap gereja setempat.

Ps Susanty Kedal, Gereja Methodist Mei Ann, Miri