Ruai BM: Dalam Kosoang dan Kegelapan Tuhan Berada di sini

with No Comments

Kejadian 1: 1 Beritau kita Tuhan menciptakan Langit and Bumi. Pada Kejadian 1: 2 kita boleh lihat bagaimana keadaan Bumi.

Alkitab Bahasa English, New International Version:
“Now the earth was formless and empty, darkness was over the surface of the deep and the Spirit of  God was hovering over the waters.”

Alkitab Bahasa Indonesia, berkata: “Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.”

Kita diberikan satu gambaran, bagaimanakah bumi kelihatan: berbentuk kosong, gelap menutupi samudera. Dan Tuhan dengan bentuk Roh seperti burung helang, melayang di atas permukaan air. Kejadian 1:1-2 ini walaupun dalam perkataan yang sangat pendek, tetapi apabila semakin banyak informasi saya belajar, semakin susah saya fahami. Saya bukan orang yang rumit, saya tidak dapat berfikir yang susah seperti saintis atau ahli filosofi. Bagi saya, saya hanya adalah orang yang simple, yang sederhana. Saya percaya apa-apa sahaja yang sudah dicatatkan di dalam Alkitab.

Boleh dikatakan saya percaya akan Firman Tuhan sama seperti kanak-kanak percaya kepada ibu bapa mereka, tanpa bertanyakan banyak soalan.

Berkali-kali saya baca ayat ini, ada dua perkataan yang menarik perhatian saya: “tidak berbentuk”, “kosong”, “kegelapan” atau Bahasa Indonesia berkata “gelap gulita”. Sebelum ciptaan Tuhan, apa-apa pun tak ada dan saya terfikir akan banyak kesaksian.

Saya selalu mendengar kesaksian seseorang bahawa sebelum mereka mengenali Tuhan Yesus, hidup mereka adalah dalam kegelapan, dan hidup mereka tak ada harapan (seperti bumi yang belum berbentuk), dan perkara yang dikerjakan mereka dalam kehidupan, walaupun mereka mempunyai wang yang banyak, berpangkat tinggi dan berkuasa, kehidupan yang mewah dan dicemburui orang lain, tetapi mereka tetap berasa KOSONG dalam hati. Sangat ajaib waktu saya terfikirkannya.

Roh Allah, atau kuasa Allah, Bahasa Yahudi adalah “Ruah Elohim” di mana Ruah = Angin. Walaupun bumi belum berbentuk, masih kosong (“masih kacau bilau” dalam Berita Baik), masih gelap, tetapi Roh Allah bergerak di permukaan air. Sewaktu kita merasa kacau bilau, merasa kegelapan dan kekosongan dalam kehidupan kita, ingatlah Roh Allah bergerak dan Tuhan berada di sini.

Pastor Dorothy H., Selangau Preaching Centre, Sibu