Gereja Methodist Gloria telah melaburkan 10 tahun ini dalam misi peribumi. 10 tahun yang lalu, beberapa orang saudarasaudari dari Gereja Methodist Gloria memilih jalan sempit, walaupun mereka menghadapi berbagai dugaan dan kesulitan, tetapi mereka masih berusaha untuk melayani golongan peribumi kerana Amanat Agung yang ditinggalkan oleh Tuhan Yesus.
10 tahun yang lalu, seorang saudari pemilik kedai runcit memerhati terdapat ramai kanak-kanak peribumi di sekelilingnya. Yang dilihatnya adalah keperluan jiwa mereka. Dia telah menggunakan vannya untuk membawa mereka ke Sekolah Minggu di Gereja Methodist Gloria. Pada masa itu, Sekolah Minggu masih menggunakan bahasa cina sebagai media pengantaraan, tetapi kebanyakannya kanak-kanak ini memahami sedikit bahasa cina.
Adakah kanak-kanak yang pergi ke sekolah minggu 10 tahun yang lalu itu masih di gereja kini? Tentulah tidak. kasih Tuhan, terdapat orang daripada golongan -kanak itu telah menjadi , termasuklah Liza Emba ak , penuntut yang pertama dihantar Sekolah Teologi di Sabah dan akan tamat pengajian pada tahun ini; Wenny ak Baling dan ak Luwes merupakan pekerja masa di PKKM, dan Saudara sedang memohon untuk pendakwah tempatan.
Kesusahan selama 10 tahun ini bukannya setakat pencapaian ini saja. Dalam proses itu, Rev Bulan, pendeta pelayanan BM Gereja Gloria bersama bangsa cina dan bangsa peribumi tanpa mengenal penat lelah menjangkau lebih ramai orang dewasa dan kanak-kanak peribumi. Mereka menggunakan kasih sayang untuk bertoleransi dengan sikap mereka dan menggunakan kasih yang lebih untuk meleburkan pemberontakan mereka. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka daripada keluarga yang pecah belah dan dikongkong kebelengguan. Ramai pemimpin telah dilatih oleh mereka. Walaupun mereka menghadapi kesukaran, tetapi mereka tetap berjaya melahirkan anak-anak dan cucu-cicit rohani.
Hari ini selepas 10 tahun, 28 Julai sambutan Hari Peribumi, pelayanan BM Gereja Methodist Gloria dengan penuh bersyukur menabur benih sambil menangis, menuai sambil bersorak gembira. Oleh itu, tema sambutan ulang tahun ke-10 ini adalah “kesyukuran”, ringkas tetapi tidak mudah.
Rev Bulan yang menggembala pelayanan BM Gereja Methodist Gloria selama 10 tahun, telah memetik ayat alkitab, 1 Tesalonika 5: 18 untuk memberitahu sebab kita perlu bersyukur. Beliau mencadangkan lima aspek:
Pertama, Inilah yang kehendak Allah, Dia tidak mahu kita binasa. Apabila hati kita penuh dengan kebencian, tidak bersyukur, akan membinasakan hidup kita. “Bersungut seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka, sehingga mereka dibunuh oleh Malaikat Maut” (1 Korintus 10:10)
Kedua, untuk menjalani gaya hidup yang memberkati orang. Seperti kajian terhadap tumbuhtumbuhan, tumbuhan yang dipuji
setiap hari akan tumbuh dengan subur dan sebaliknya, tumbuhan itu akan layu dengan pantas.
Ketiga, bersyukur memberi fikiran dan semangat yang positif.
Keempat, ini juga menujukkan keimanan kita terhadap Tuhan, dan percaya akan bimbingan Tuhan yang tidak salah.
Kelima, menujukkan penerimaan orang lain, terutamanya ahli keluarga yang banyak mengorbankan mereka untuk kebaikan kita.
Ini adalah kali pertama Rev Bulan berkhutbah dalam bahasa cina dalam penyembahan Hari Peribumi dan diterjemahkan oleh saudari Sharon Wong dalam bahasa Melayu. Saudari Sharon Wong pernah menjadi kerani di gereja ini dan merupakan seorang senior dalam pelayanan BM yang melayani bersama Rev Bulan. Sharon merupakan bangsa cina pertama yang menyahut panggilan Tuhan untuk melayan peribumi sepenuh masa. Kini beliau sedang menuntut di Sekolah Teologi di Sabah dan akan tamat pengajian pada tahun depan.
Sebagai kesimpulannya, Rev Bulan mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudari yang telah mengambil bahagian dalam pelayanan BM menerusi lagu “Terima Kasih kerana memberi kepada Tuhan” yang bermaksud terima kasih kepada mereka yang membawa kita mengenali Tuhan dan sekuntum bunga sebagai tanda penghargaan kepada mereka, jadi hari ini bolehlah menuai bersama-sama dengan kegembiraan. Masa itu adalah momen yang terharu apabila mereka menerima bunga daripada anak-anak peribumi ini.
“Dia anak perempuan saya.”
Saudari Airrene ak Wilson, lepasan STPM yang sedang menunggu untuk memasuki universiti berkongsi kerja indah yang telah dilakukan oleh Tuhan dalam dirinya dan keluarganya. Semasa dia berumur 14 tahun, ibunya telah membawanya ke Gereja Methodist Gloria. Dia telah mengenali Yesus Kristus dan dibaptiskan. Dia menganggap dirinya bukan seorang yang bijak, tetapi dia berhasrat untuk membanggakan ibu bapanya dalam pelajaran. Semasa mengikuti latihan rohani, dia dikehendaki untuk menghafal ayat-ayat alkitab dan rasa tidak mahu mengalah, dia telah rajin berusaha untuk menghafalnya. Hal ini telah meningkatkan keupayaannya dalam pembelajarannya dan dia telah menggembirakan ibu bapanya dengan pencapaian keputusan SPM yang cemerlang.
Kemudian, semasa pemilihan antara kolej teknologi dan tingkatan enam, dia telah memilih tingkatan enam dan tidak difahami oleh ahli keluarganya. Pada semester kedua, tingkatan enam atas, ibunya sakit tenat dan dimasukkan ke hospital. Disebabkan peperiksaan STPM menjelang, dia tidak dapat menemani ibunya di Kuching. Dalam situasi serba salah ini, dia telah menyerahkan ibunya pada tangan Tuhan dalam berdoanya yang tulus.
Saudari Airrene memberitahu bahawa walaupun nampaknya dia seolah-olah tidak mengambil berat terhadap ibunya dan hanya dengan doa yang tak seberapa itu, tetapi Tuhan telah bekerja. Akhirnya, bukan saja dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam STPM malah keadaan ibunya pun telah beransur pulih.
Selepas kebaktian, apabila saya hendak mengambil gambar Airrene, ibunya datang kepada saya dan dengan wajah yang berbangga berkata, “dia anak perempuan saya.”
Sebenarnya, semasa ibu Airrene di hospital, keadaannya sangat kritikal. Rev Bulan dan rakan sekerja pelayanan BM telah berdoa untuknya melalui doa rantaian berpuasa. Ibu Airrene merupakan Ketua Rumah, sekiranya apa-apa berlaku terhadapnya, tempat ketua rumah akan diambil alih oleh bangsa M. Terima kasih atas kasih dan penyembuhan Tuhan, kini ibunya menerima rawatan dengan gembiranya. Perkara ini diberitahu oleh Rev Bulan dalam perbualan selepas kebaktian hari itu.
Kebangkitan Rohani
Kerja melatih bukannya sesuatu yang mudah dan tidak dapat habis diterangkan dalam satu penyembahan kesyukuran. Hal ini adalah satu proses yang panjang dan memerlukan komitmen ramai. Rev Bulan berterus terang bahawa mereka pernah mengalami tempoh masa yang paling gelap, iaitu keruntuhan kelakuan sesetengah pemimpin, seperti hubungan luar batas antara lelaki dan perempuan, menagih dadah dan sebagainya. Rev Bulan memilih untuk bertenang selama setahun, tidak menegur dan tidak berputus asa. Beliau memberi peluang kepada mereka sekali lagi selepas setahun. Beliau menyeru kepada Tuhan dengan kasihnya, mengembalikan mereka kepada Tuhan, dan beliau sanggup menyerahkan nyawanya demi mereka. Tidak lama kemudian selepas doa pendeta yang baik hati ini, beliau mendapati dirinya mengalami masalah kesihatan.
Tetapi beliau tidak menyesal, kini kebanyakan pemimin telah kembali dan sebelum sambutan ulang tahun ke-10, mereka telah mengalami kebangkitan rohani. Selain itu, Tuhan Bapa mempunyai rahmat dan belas kasihan, Rev Bulan telah diamanahkan kerja kerajaan syurga yang belum diselesaikannya, beliau akan menggunakan hayat dan masa bakinya untuk menyelesaikannya.
Dilaporkan oleh Leesing
Diterjemahkan oleh Krim Hii