Kita perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk memberitakan injil, sebab kita tidak tahu waktunya kita akan pergi dari dunia ini. Hal ini disebabkan kita ada di dunia ini hanyalah untuk sementara dan yang pasti kita akan pergi dari dunia ini pada suatu hari nanti. Itulah tujuan gereja kami pada tahun ini menganjur kebaktian Peribumi, agar semua jemaah mengambil peluang untuk memberitakan Injil melalui pujian, tarian dan slida yang disediakan. Dengan harapan mereka yang mendengar akan dikuatkan iman mereka lagi dan yang belum mengenali Tuhan akan menerima Yesus dalam hidup mereka.
Kami tekankan ambillah kesempatan yang kami miliki hanya untuk menyampaikan Injil dan bukan untuk hal-hal yang lain. Jemaah gereja diingatkan supaya berfikir tentang diri mereka dan orang yang datang semasa persiapan untuk Kebaktian Peribumi ini. Untuk peribadi katakan kepada diri sendiri bahawa ini mungkin kali yang terakhir bagi saya memberitakan injil kepada orang ini atau orang itu. Oleh itu, saya harus menggunakan nyanyian rohani untuk menari, persembahan slida dan sebagainya. Demikian juga fikiran saya tentang mereka yang datang semasa Kebaktian Peribumi ini, bahawa mungkin ini kali yang terakhir bagi orang ini untuk mendengar injil daripada saya. Oleh itu, saya harus memberitakan injil kepada mereka. Dengan tidak membiarkan sedikit pun ruang untuk hal duniawi mengambil tempat dalam setiap pelayanan saya. Sebab utama dalam hidup ini adalah memberitakan “Berita Baik” kepada semua orang dan bukan untuk “hiburan”.
Tahun ini Kebaktian Peribumi di Gereja Methodist Sentosa dan City Mall didasari dengan tema: Jangan Jemu Melakukan Yang Baik (Galatia 6:9-10), 1) sebab yang kita tabur itu juga yang kita akan tuai satu hari nanti, 2) sebab peluang itu hadir dalam hidup
kita di dunia ini tidak akan berulang untuk dua kali dan 3) sebab berbuat baik adalah tanda dipimpin oleh Roh Kudus. Dengan kesempatan dan peluang yang ada pelayanan BM di kedua-dua gereja ini telah merekan beberapa program untuk memberitakan Injil kepada jiran dan saudarasaudara yang di sekeliling mereka.
Penganjuran Kebaktian Peribumi gereja yang sederhana di Gereja Methodist Sentosa dan City Mall telah menarik jemaah Pelayanan Cina dan BM bersama-sama. Kami telah bersama-sama merayakan kebaikan Tuhan sepanjang pelayanan BM diadakan di gereja masing-masing. Pada masa yang sama, kami juga dapat menghakis perasaan prasangka antara satu sama lain.
Walaupun pelayanan antara Peribumi sangat sukar dan mencabar namun bagi Tuhan tidak ada yang sukar. Oleh itu, marilah kita melayani dengan rasa tanpa letih dan menyerah walaupun belum banyak perubahan yang terjadi. Namun pada waktu yang ditetapkan Tuhan pasti kita akan menuai yang kita tabur.
Pr Patrick Taie
Gereja Methodist Sentosa dan City Mall