RUAI BM: Anda telah memenangi hadiah besar!

with No Comments

Semua orang berharap dapat memenangi loteri tempat pertama supaya mampu membeli rumah baharu, tukar kereta yang lebih mewah, melancong ke seluruh dunia.

Hari ini, saya ingin memberitahu anda bahawa anda telah memenangi hadiah besar! Ini bukan satu penipuan! Hadiah ini bukan sebuah rumah, tetapi anda boleh hidup dengan tenang untuk selama-lamanya. Hadiah ini bukan sebuah kereta mewah, tetapi dalam hadiah ini, matahari tidak menyakiti engkau pada waktu siang atau bulan pada waktu malam. Hadiah ini bukanlah harta benda yang akan musnah di dunia ini, tetapi adalah harta yang kekal! Tetapi adakah anda memahami sepenuhnya apa hadiah yang anda dapat?

Tiket menaiki Star Cruise
Ada seorang pemuda telah memenangi satu tiket untuk menaiki Star Cruise (kapal besar). Dia berasa sangat gembira dapat menaiki Star Cruise yang cantik dan besar itu. Tapi, dia juga sangat khuatir kerana dia tidak cukup duit untuk membeli makanan dalam Star Cruise. Oleh itu, dia sediakan roti sendiri untuk makan dalam Star Cruise untuk beberapa hari.

Pada hari pertama dalam Star Cruise, dia berasa gembira kerana dapat menikmati pemandangan yang cantik di atas laut. Dia juga sangat kagum orang yang dapat makan di restoran. Dia tidak berani masuk ke dalam restoran tersebut. Dia beranggapan bahawa makanan dalam restoran itu sangat mahal. Dia hanya makan roti yang dibawa untuk menahan kelaparan. Pada hari kedua, dia masih menikmati pemandangan, mengagumi orang yang makan di restoran. Dia masih makan roti untuk menahan kelaparan.

Pada hari ketiga, roti yang disediakan telah habis dimakan dan dia berasa sangat lapar. Dia tengok orang makan di restoran, lalu dia masuk dan tanya pengurus besar restoran:“Bolehkah saya bekerja di sini untuk mendapat makanan?” Pengurus besar restoran berasa hairan dan tanya“Bagaimana kamu dapat menaiki kapal ini? Adakah anda mempunyai tiket?” Pemuda itu mengeluarkan tiketnya dan tunjuk kepada pengurus besar restoran. Pengurus besar restoran itu tengok tiket dia dan memberitahu dia:“Tiket kamu sudah merangkumi makanan di restoran. Kamu boleh makan apa-apa saja di restoran ini. Mengapa kamu mahu bekerja lagi untuk mendapatkan makanan?” Ruparupanya tiket star cruise yang dimenangi pemuda ini sudah termasuk makanan di restoran. Sayangnya dua hari sebelum ini dia tidak makan di restoran!

Lebih bagus daripada Star Cruise Namun, hadiah yang kamu mendapati adalah jauh lebih bagus daripada Star Cruise, iaitu Yesus Kristus! Tapi adakah anda betul-betul faham tentang hadiah ini?

Terlebih dahulu kamu mesti tahu, semua manusia adalah ciptaan Tuhan. Tuhan sangat mengasihi manusia dan membekalkan segala keperluan manusia untuk hidup bahagia.

Sepatutnya manusia ikut perintah Tuhan. Sebaliknya, manusia berbuat sesuka hatinya dan bukan yang diperintahkan Tuhan. Manusia berdosa mahupun dalam tingkah laku ataupun dalam fikiran. Balasan bagi dosa adalah maut (Roma 6:23). Dosa memisahkan manusia daripada Tuhan.

Yesus Kristus menyelesaikan masalah dosa manusia! Semasa kita masih berdosa, Yesus Kristus mati bagi pihak kita. Hal ini menunjukkan betapa Tuhan mengasihi kita (Roma 5:8) Yesus Kristus mati menggantikan kita menerima hukuman dosa di atas kayu salib. Dia telah dikebumikan, dan kemudian bangkit daripada kematian. Sesiapa yang sanggup mempercayai Tuhan Yesus dan menerima Yesus sebagai penyelamat, dosa mereka akan diampuni dan mereka dapat hidup yang kekal.

Adakah anda sudi menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat peribadi anda? Kalau sudi, sila berdoa sedemikian:

Tuhan Bapa, terima kasih kerana mencipta saya. Saya faham bahawa saya seorang yang banyak berdosa. Saya memerlukan Yesus Kristus sebagai juruselamat saya. Saya percaya bahawa Yesus Kristus telah mati, dikebumikan dan dibangkitkan untuk saya. Mohon Bapa mengampuni dosa saya dan mengurniakan saya hidup yang kekal. Dalam nama Yesus saya berdoa. Amin.

Oleh Ting Kee Ling
Gereja Methodist Tudan, Miri