Kesaksian Panggilan ke ladang Pelayanan

with No Comments

Shallom Kepada Saudara/Saudari yang seiman dalam Tuhan kita Yesus Kristus, Pertama-tama sekali saya secara peribadi mengucap Syukur kepada Tuhan Yesus Kristus, kerana menjadikan saya penuai di Ladang-Nya. Yohanes 4: 35 “kamu berkata, ‘Masih ada empat bulan lagi sebelum musim menuai.’ Tetapi Aku berkata kepada kamu, pandanglah ke ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai!”

Tuhan memperlihatkan saya satu ladang yang besar iaitu bangsa saya sendiri, dan Tuhan taruhkan saya satu kerinduan untuk memberitakan injil Tuhan kepada mereka. Bagi mengubah kehidupan mereka kepada kebenaran, membawa mereka suatu pemikiran yang tertuju kepada Tuhan, dan menjadikan Tuhan itu sebagai Tuhan mereka.

Misi dan visi saya bukan sahaja menginjil mereka, tetapi melepaskan rantai ikatan dosa yang lama mengikat mereka, seperti yang saya alami dahulu. Saya rindu akan mereka bersekutu dengan Tuhan siang dan malam. Saya rindu akan juga untuk membawa generasi pemuda-pemudi, kerana generasi ini sangat penting untuk Tuhan dan yang akan dipakai oleh Tuhan dengan luar biasa, melalui jiwa mereka, semangat mereka, bakat mereka, supaya generasi ini tidak hilang oleh tarikan dunia.

Mari saudara/saudari tolong dukungan saya dalam doa anda untuk memutuskan rantai dosa ini! Ayuh kita bertindak untuk melaksanakan Amanat Agung Tuhan Yesus Kristus (Matius 28: 18-20). Amin.

Bryan Anak Luwes
newly-commissioned local missionary from Gereja Methodist Gloria, Bintulu