RUAI BM: Hatiku Bersyukur atas Perbuatan-Mu

with No Comments

Sukacita yang tidak terhingga melimpah dalam setiap hati kami yang pergi ke SIB CAC Retreat Centre Pedaun, Bau pada 9 Nov 2019.

Seawal pukul 6 pagi, ada jemaah yang sudah berangkat ke tempat berlangsungnya Hari Keluarga Gereja Methodist Kuching City Mall. Semangat dan kerinduan yang bernyala- nyala dalam setiap hati kami telah menyebabkan kami tidak merasa letih. Hal ini kerana kami mempunyai kerinduan untuk menyaksikan seramai 13 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak yang akan mengambil bahagian dalam baptisan.

Semua yang dibaptis telah mengikuti Kelas Baptisan sejak awal tahun lagi. Pelayanan BM mengadakan kelas Sekolah Minggu Dewasa setiap dua kali sebulan. Melalui kelas ini seramai 13 orang telah membuat keputusan untuk dibaptis. Walaupun ramai yang ingin dibaptis, tetapi hanya 13 orang setia untuk meng- Hatiku Bersyukur atas Perbuatan-Mu habiskan kelas masing-masing.

Oleh sebab 13 orang yang ingin dibaptis, maka satu persetujuan antara PBM dan Pelayanan Bahasa Cina untuk bergabung dengan mengadakan Hari Keluarga dan Upacara Pembaptisan di Pedaun. Dengan kerjasama yang sangat baik antara semua Komiti maka program ini dapat dilaksanakan dengan baik. Sewaktu berada di Pedaun, kami juga berkesempatan untuk mengadakan sukaneka bersama-sama.

Kira-kira pukul 3:00 petang program kami selesai. Sebelum berangkat pulang, kami melakukan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan seluruh kawasan retreat bersih dan bebas daripada sampah sarap.

Kami sangat bersyukur kerana sepanjang hari tidak ada hujan dan  tiada masalah yang tidak diingini berlaku. Semua acara telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pengalaman ini telah mencipta sebuah rasa kepunyaan dan kekeluargaan yang sangat besar antara semua jemah gereja yang hadir. Walaupun terdapat perbezaan dari segi bahasa dan latar belakang, kami dapat mewujudkan kebersamaan antara jemaah gereja.

Pr Patrick Taie
Gereja Methodist Sentosa dan City Mall