Pada minggu MAW, kumpulan Rev. Elizabeth Enjut bersama Rev. Ningkan telah pergi ke kawasan Lemanak untuk membuat misi di sana. Ada beberapa buah rumah panjang yang kami lawati seperti di kawasan Nanga Kapu, Kachung, Ulu Kapu, dan Bawi. Di sepanjang perjalanan misi ada dua buah gereja yang ada di kawasan itu. Malang sekali ada sebuah gereja di kawasan tidak jauh dari Nanga Kapu yang telah beberapa tahun ditinggalkan begitu sahaja. Tiada orang yang menjaga gereja itu sehingga keadaan gereja itu teruk. Sebuah gereja lagi di kawasan Bawi masih diguna dan dijaga dengan elok. Perkara yang merisaukan tentang misi kali ini ialah pengangkutan. Dalam misi ini, perjalanan dari Nanga Kapu ke Bawi menggunakan jalan bukit. Di situ juga keadaan jalan agak tidak beberapa baik dan memberbahayakan. Waktu itu juga cuaca tidak beberapa menentu dan menjadikan perjalanan misi ini agak sukar.
Walaubagaimanapun keadaan perjalanan yang sukar sekali, tetapi respon penduduk di sana amat baik. Kebanyakan mereka didapati kehausan firman Tuhan. Mereka inginkan lagi ada orang yang datang ke sana untuk memberitakan Berita Baik kepada mereka. Akhir sekali puji syukur kepada Tuhan kerana telah mengiringi misi ini dari awal hingga ke akhir. Dalam misi ini juga ada perkara yang tidak diduga terjadi pada saat-saat tertentu. Tetapi Tuhan telah menyediakan jalan Nya pada setiap masalah yang dihadapi. Pada masa akan datang, minta Tuhan supaya keadaan penduduk dari segi persekitaran mereka dapat berubah dengan baik supaya pada masa pelayanan akan datang dapat dilaksanakan dengan baik.