Shalom! Saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Magedeline anak Nyuwen. Di sini juga saya ingin memberikan kesaksian saya sebelum dan sesudah saya mengenali Tuhan Yesus yang menjadi Juruselamat dalam kehidupan saya dan keluarga saya .
Ya! Pada tahun 2006 saya dan keluarga saya telah menerima Tuhan Yesus. Mula-mula saya menerima Tuhan Yesus, saya takut dan ragu-ragu kerana saya belum mengenali Tuhan Yesus. Setelah saya mendengar Firman Tuhan, mendengar lagu pujian dan sebagainya, hati saya terus terbuka dan saya betul-betul mahu menerima Tuhan Yesus menjadi Juruselamat dalam kehidupan saya. Sekian lama, kami telah menerima Tuhan Yesus, kehidupan saya dan keluarga saya semakin berubah.
Sebelum saya menerima Tuhan Yesus dalam kehidupan saya, banyak godaan dan cubaan yang mengganggu kehidupan keluarga saya terutamnya dari segi kewangan dan pergaulan. Setelah saya menerima Tuhan Yesus dalam kehidupan saya, kami sekeluarga banyak mengalami perubahan. Puji Tuhan atas perubahan tersebut kerana saya telah dipilih menjadi A.J.K di dalam gereja dan kini anak-anak saya juga selalu mengikuti aktivti gereja. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan tak pernah meninggalkan kami sekeluarga walau di mana-mana, kami berdoa, kasih Tuhan sentiasa bersama dengan kami. Kalau bukan kerana kasih Tuhan, kehidupan kami mungkin tak seperti ini, pesanan saya kepada umat Tuhan dan yang belum percaya kepada-Nya, marilah kita bersama- sama menerima Tuhan dan mendengar Firman-Nya.
Sekiranya kita sudah menerima Tuhan, kehidupan kita tak akan goyang kerana Tuhan sentiasa bersama kita. Percayalah bapa kita yang di syurga mendengar dan melihat hal-hal yang kita lakukan, dan kekurangan dalam kita, seandainya kita sentiasa berdoa dan mendengar firman Tuhan. Tuhan akan menjawab dan mengkabulkan doa kita, saya percaya akan semua ini kerana perkara ini telah terjadi dalam kehidupan saya tetapi saya tak akan mengalah dengan cubaan Tuhan. Saya sentiasa berdoa agar kehidupan saya diubah dan agar keluarga saya dipenuhi dengan kasih Tuhan dan roh kudus sentiasa ada dalam kasih hati kami selama-lamanya. AMIN!
Magedeline Ak Nyuwen
Gereja Methodist Tudan, Miri