RUAI BM: Bilik DOA

with No Comments

Berdoa untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak
1. Berdoa untuk ahli-ahli Kabinet Negeri yang baru terpilih. Semoga Roh Kudus terus berkerja, agar mereka berkhidmat dengan ikhlas dan rajin.
2. Berdoa untuk ahli-ahli Kabinet Negeri agar dapat menggubal dasar pembangunan negeri dengan adil dan sistematik.
3. Berdoa untuk semua ahli Kabinet, terutamanya ahli-ahli Kabinet Kristian, supaya mereka akan menentang budaya rasuah.

Berdoa untuk Kaum Bumiputra di Sarawak
1. Berdoa supaya kaum bumiputra Kristian dapat mengekalkan agama mereka. Semoga Roh Kudus menjaga pemikiran mereka, membuang tabiat buruk dengan hati yang teguh, menjalankan kehidupan yang suci dan tidak meninggalkan agama mereka apabila digoda.

2. Berdoa untuk perkembangan rohani dan iman kaum bumiputra Kristian. Semoga Tuhan membangkitkan pemimpin yang memiliki kerohanian yang teguh untuk memimpin kaum mereka supaya mereka akan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Berdoa untuk Malaysia
1. Berdoa agar Roh Kudus menyentuh hati Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet supaya mentadbir rakyat dan negara dengan kasih saying, melaksanakan dasar dengan adil dan saksama. Berdoa supaya Roh Kebenaran bekerja di seluruh Malaysia.

2. Berdoa agar Tuhan menyentuh hati semua rakyat mengirikan tanah air yang aman dan damai. Setiap kumpulan etnik berusaha mengekalkan kesejahteraan dan persefahaman antara satu sama.

3. Berdoa untuk rakyat yang lemah, miskin dan berada dalam kesusahan agar Tuhan membantu mereka dan menyentuh hati masyarakat untuk menghulurkan bantuan.

10
分享 Share