Nama saya Bali Ak Janang. Saya berumur 44 tahun dan saya sudah berkahwin selama 19 tahun serta telah dikaruniakan 3 orang anak (dua orang perempuan,seorang lelaki).
Sebagai permulaannya, saya ingin menceritakan latar belakang saya. Saya adalah anak sulung dalam keluarga dan saya mempunyai 4 orang adik-beradik. Saya juga merupakan seorang yang sangat panas baran, pemabuk, cepat hilang sabar dan sentiasa membenci orang lain.
Sebelum saya dan keluarga saya mengenali Tuhan, hampir setiap hujung minggu saya dan ibu bapa saya turun ke sawah untuk menanam padi. Kadang-kadang kami juga pergi menorah getah dan melakukan pekerjaan yang lain juga. Masa itu, saya masih muda dan saya masih bersekolah. Tiap-tiap hujung minggu selepas waktu persekolahan, terutamanya pada hari Ahad kami sekeluarga tidak melakukan apaapa sebaliknya kami hanya duduk di ruang tamu sahaja. Pada hari Ahad, Ketua Kampug sering mengadakan Kebaktian Minggu di balai ruai tetapi kami sekeluarga tidak mengikuti kebaktian tesebut.
Namun, suatu hari saya tergerak hati dan terfikir untuk membawa keluarga saya menjadi Kristian. Sejak tahun 1982 kami sekeluarga mulai mengenali Tuhan. Masa itu, saya masih mengikuti Roman Catholic (RC).
Setelah beberapa tahun kemudian, saya pergi ke Gereja Methodist Tudan untuk menyembah Tuhan. Hal ini demikian kerana gereja RC tidak menawarkan perkhidmatan van dan saya jua rasa keberatan untuk menghadiri kebaktian di gereja RC. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk terus hadir ke kebaktian di Gereja Methodist Tudan. Memang pada awalnya, saya rasa tidak selesa dan tidak rasa tertarik untuk turut hadir ke kebaktian di Gereja Methodist Tudan. Namun, salah seorang rakan segereja saya iaitu, Cassidy telah menceritakan kepada saya tentang Gereja Methodist Tudan. Dari saat itu saya terus menghadirkan diri ke gereja tersebut. Malahan keluarga saya juga turut bersama menghadirkan diri terutamanya anak-anak saya.
Pada tahun 2007, saya, isteri dananak-anak aktif menghadiri kebaktian di gereja Methodist. Terdapat banyak perubahan yang berlaku pada kami sekularga. Saya sangat bersyukur kerana seisi keluarga telah mengenali Tuhan. Daya juga sangat bersyukur kerana anak-anak saya juga turut aktif di gereja. Bukan itu sahaja, kami juga mengenali Tuhan dengan lebih mendalam kerana sering mengikuti seminar serta bengkel yang dapat mendorong kami untuk terus mengenali Tuhan. Saya begitu bersyukur kerana sikap saya yang terdahulunya dapat diubah. Bukan itu sahaja, saya rasa sangat bersyukur kerana pada awal bulan Januari 2015, saya terkena serangan jantung tetapi saya masih baikbaik sahaja sampai sekarang. Saya percaya Tuhan yang menolong saya pada ketika itu dan memberikan saya peluang untuk berubah. Saya juga berterima kasih kepada ahli gereja dan gembala di Gereja saya kerana sentiasa mendorong dan mengasihi kami selalu. Saya ingin menaikkan syukur kepada Tuhan kerana Dia tidak pernah meninggalkan kita walaupun dalam keadaan yang susah. Saya percaya ini adalah rancangan yang paling indah dari Tuhan untuk saya dan keluarga saya.
Tuhan memberkati anda semua!
Bali Anak Janang
Gereja Methodist Tudan, Miri