RUAI BM: Life Game BM di SMK St Columba

with No Comments

Pada 12-14 Mac 2016, seramai 111 orang pemuda-pemudi dari utara Sarawak telah berkumpul di SMK St. Columba, Miri untuk menyertai Kem Life Game BM yang dianjur oleh MY Center, Sibu dengan 24 orang sukarelawan yang berpengalaman membantu di dalam sepanjang kem ini. Para peserta terdiri daripada mereka yang datang dari Bintulu dan Miri.

Di dalam Kem Life Game selama 3 hari 2 malam, para peserta telah menjalani simulasi kehidupan seperti kehidupan sebenar, di mana mereka dikehendaki menimba ilmu di sekolah, mencari pekerjaan, menyara hidup, mencari pasangan hidup, berdepan dengan pelbagai dugaan yang tidak dirancang dan sebagainya. Menerusi semua sesi yang dirancang khas, para peserta dicabar dengan pelbagai rintangan yang perlu mereka tempuhi agar mencapai hasrat mereka masingmasing dalam kem.

mereka mula menyedari bahawa betapa susahnya ibu bapa mencari wang untuk menyara hidup sebenar. Selain itu, dalam kesibukan yang perlu mereka lalui juga mengajar mereka untuk mengatur keutamaan dalam kehidupan.

“Saya berusaha untuk mendapat sebanyak wang menerusi pekerjaan agar dapat membina kehidupan yang lebih selesa. Maka, saya sibuk mencari wang tanpa memikirkan hal yang lain. Tetapi, saya telah diistiharkan mati kerana kemalangan. Saya sangat sedih dan tidak puas hati dengan keadaan dalam kem. Jika diberi peluang, saya mahu cuba sekali lagi.” Kata Ardeka Ubo, peserta kem yang berumur 16 tahun.

Di dalam Kem ini, para peserta turut diberi ajaran Firman Tuhan tentang kehidupan. Dalam perkongsian yang disampaikan oleh Cikgu Wong Kung Kui pada sesi kedua mengenai Yohanes 3:16. Para peserta dicabar agar membuka hati untuk menerima Yesus sebagai Tuhan dan juruselamat secara peribadi. Ramai pemuda-pemudi yang belum pernah membuat pengakuan penerimaan Yesus telah mengangkat tangan untuk menerima Yesus. Selain itu, ramai pemuda-pemudi telah meresponi panggilan Tuhan untuk menjadi seorang pelayan sepenuh masa dan memberikan hidup mereka agar melakukan kehendak Allah dalam kehidupan masing-masing.

Tuhan telah bekerja dengan luar biasa di dalam kem ini. Menerusi perkongsian peribadi setiap peserta kem pada sesi terakhir, ramai yang menyatakan bahawa kem ini telah
membantu mereka memahami keyakinan iman dalam Yesus dan berkomitmen untuk menjalin hubungan dengan Allah.

Segala kemuliaan di kembali kepada Bapa di syurga!

Dilapor oleh Wong Kung Kui
Gereja Methodist Tudan, Miri