Segala ucapan syukur hanya dikembalikan kepada Tuhan yang begitu baik dan sangat baik kerana telah memberkati Gereja Methodist Tudan (GMT) dengan segala berkat dan kemurahan sejak permulaan perlayanan pada tahun 2005 yang diasaskan oleh Rev Law Hui Seng (Gembala sidang Grace Methodist Church pada masa itu).
Pada masa itu, GMC telah mengenalpasti hasrat keperluan kaum pribumi yang memerlukan Injil Baik Yesus Kristus. Maka, mereka pun mula berkumpul di rumah mendiang Gemong dan mengajar kaum pribumi Firman Tuhan.
Bilangan jemaah yang kian hari bertambah ini telah menyebabkan GMC mengambil langkah yang sewajarnya iaitu menyewa satu lot kedai untuk dijadikan sebagai pusat kebaktian BM yang dikenali sebagai “Pusat Injil Methodist Tudan” pada penghujung tahun 2005.
Bagi membalas budi kebaikan Tuhan, GMT telah mengadakan Ulang Tahun yang ke-10 Tahun pada 20. 12. 2015 (Ahad) yang bertemakan “ Engkau memahkotai tahun dengan kebaikan-Mu, jejak-Mu mengeluarkan lemak” ( Maz 65:11).
Mengimbas kembali perbuatan Tuhan di GMT, kami amat bersyukur terhadap perbuatan Tuhan yang luar biasa dan ajaib, iaitu Tuhan telah membawa domba-domba pribumi yang sesak itu kembali ke pangkuanNya sendiri.
Pada malam perayaan Ulangtahun tersebut, pelbagai program persembahan telah disampaikan oleh setiap badan persekutuan pelayanan seperti Persekutuan Muda Mudi, Kanak-kanak Sekolah Minggu, dan Ibu-Ibu yang terpilih untuk memberi kesaksian kesyukuran kepada Tuhan atas pimpinan Tuhan dalam masa pelayanan ibu-ibu tersebut di gereja sepanjang 10 tahun ini.
Selain itu, Firman Tuhan telah dikhubatkan oleh mantan Ketua Daerah Miri iaitu Rev Esther Law. Beliau menasihati jemaah GMT agar terus berjuang untuk mengambil bahagian dalam perkembangan Kerajaan Tuhan di Daerah Tudan supaya lemak berkat Tuhan dapat mengalir keluar dari gereja Tudan.
Sejumlah bilangan 400 lebih jemaah telah hadir pada malam tersebut. Di samping itu, pada hari sebelum hari yang bersejarah tersebut, GMT juga melancarkan Larian Amal Jogathon pada 19.12.2015 (Sabtu) demi pengutipan dana bagi Pusat Pembelajaran dan pembelian van gereja.
Sejumlah bilangan jemaah/orang umum yang mengikuti acara ini telah mencapai 90+. Tuhan telahpun berkati dan memberikan cuaca yang baik dan sesuai sekali pada Hari jogathon tersebut. Ada satu perkara yang menarik sekali iaitu seorang ibu telah berlari sambil mengendong anaknya yang berumur 1 tahun lebih dan mendapat tempat pertama dalam kategori Dewasa Perempuan pada akhirnya.
Menerusi kutipan semua Gereja Methodist yang mengambil bahagian di Miri ini, Upacara Jogathon ini telah berjaya mengutip wang sebanyak RM200,000 lebih.
Tuhan sentiasa mengerti dan selalumembekalkan segalanya bagi umat-Nya yang sentiasa berharap dan bersanding kepada –Nya. Amin.
Dilapor oleh Susanthy Kedal
Gereja Methodist Tudan, Mir