Persekutuan Muda-mudi (PMM) Gereja Methodist Tudan (GMT) Miri telah memulakan program baru PMM 2016 dengan Alpha Belia (Youth Alpha). Seramai 4 orang pemuda yang telah mengikuti kursus latihan fasilitator di All Saints Church Sabah October 2015. Setelah kian lama merancang danmembuat persiapan awal, PMM telah melangkah untuk memulakan Alpha Belia pada 16 Jan 2016. Seramai 58 orang pemuda-pemudi telah menghadiri sesi pengenalan, denga seramai 20 orang rakan baru yang baru mengikuti PMM. Anak-anak muda ini sangat ghairah dan dialualukan dalam sesi tersebut dengan pelbagai “kejutan” yang terancang; sesi pengenalan di dalam 4 kumpulan yang dikendalikan oleh “tuan ruamh”; permainan suai kenal serta perkongsian daripada cikgu Wong, selaku penasihat PMM.
Minggu berikutnya seramai 5 orang kawan baru mengikuti Alpha Belia. Mereka amat gembira kerana dapat berkenalan dengan rakan baru dan menjalin hubungan dengan saudara-saudari seiman menerusi aktiviti yang terancang dalam Alpha Belia untuk mengenali Tuhan secara berperingkat.
“Alpha Belia adalah Kreatif. Lebih kepada penginjilan, sekaligus melatih pemimpin pemuda-pemudi yang baru untuk memimpin dan menjadi mentor.” Kata Susanty Kedal, penasihat PMM.
Bekas Pengerusi PMM, Hayree mengulas, “YA merupakan salah satu cara yang efektif untuk menjangkau atau menginjil muda-mudi terutama yang masih bersekolah.”
Agnes Berangan yang pernah menjadi peserta Alpha Belia beberapa tahun yang lepas semasa zaman persekolahan, kini giat melayani di gereja selaku ketua kumpulan bagi Alpha Belia GMT berkata bahawa, “Program YA banyak member pendekatan kepada anak muda mengenal Tuhan lebih mendalam. Selain memberi peluang kepada mereka untuk saling berkongsi tentang kehidupan, membina persahabatan dan memahami keperluan antara sesama.”
Alpha Belia PMM GMT akan berlanjutan sehingga bulan Ogos dengan tema yang dapat menarik perhatian pemuda-pemudi kini untuk mengenali Tuhan Yesus secara interaktif, kreatif dan efektif. Semoga menerusi program ini ramai anak-anak muda akan dibawa ke dalam kerajaan Allah.
By Wong Kung Kui
Gereja Methodist Tudan, Miri