Abraham Keluarga yang Mempersembahkan Anak Lelaki

with No Comments

KEBAKTIAN KELUARGA

Doa:
Dipimpin oleh salah seorang ahli keluarga

Pembacaan Alkitab:
Kejadian 22: 1 – 19

Sekiranya penungguan untuk 25 tahun itu adalah ujian keyakinan yang besar, maka permintaan Tuhan untuk Abraham adalah berkali – kali ganda. Tuhan meminta Abraham untuk menawarkan Ishak.

Allah berfirman, “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Kutunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku.” (Kejadian 22: 2)

Anak lelaki yang susah payah dia dapat, seorang anak yang dijanjikan, sekarang Tuhan menghendaki Abraham membunuhnya sebagai korban. Pada pendapat insan, ia adalah tidak munasabah/ berpatutan, tetapi Abraham tetap patuh, dia membawa Ishak ke tanah Moria, ke gunung yang Tuhan tunjukkan untuk mempersembahkan Ishak. Semasa Ishak bertanya di manakah anak domba untuk korban yang dibakar itu, Abraham menjawab bahawa Allah sendiri akan menyediakan anak domba itu. Dia tidak sanggup memberitahu Ishak bahawa dia adalah anak domba yang harus dikorbankan.

Sudah tentu kemudian Alkitab memberitahu kita bahawa Tuhan mencegah Abraham menyakiti Ishak, Tuhan benar-benar menyediakan seekor domba jantan yang tanduknya tersangkut pada belukar sebagai binatang korban untuk mengganti Ishak. Ini bukannya perkara kecil sebab setelah keyakinan Abraham diuji, Tuhan menyeru Abraham sekali lagi dari langit.

TUHAN berfirman: Aku bersumpah demi nama-Ku sendiri, Aku berjanji akan memberkati engkau dengan berlimpah-limpah dan menjadikan keturunanmu sebanyak bintang di langit serta sebanyak pasir di pantai laut. Keturunanmu akan mengalahkan musuh mereka. Semua bangsa di dunia akan memohon kepada-Ku supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku telah memberkati keturunanmu, kerana engkau sudah mentaati perintah-Ku.” (Kejadian 22: 17 – 18)

Ketika Abraham mengambil pisau untuk membunuh Ishak, apa yang dia fikirkan?

Ia tidak dinyatakan dengan jelas di Kejadian, tetapi IBRANI menyatakan bahawa Abraham yakin bahawa Allah berkuasa membangkitkan Ishak daripada kematian. Oleh itu boleh dikatakan, Abraham sudah menerima Ishak kembali daripada kematian. (IBRANI 11: 19) Abaraham telah membuat keputusan untuk mempersembahkan Ishak sebagai korban, cuma dia mempercayai janji Tuhan, Sekiranya Ishak mati, Tuhan akan membangkitkannya dari kematian. Keyakinan seperti ini, amanah seperti ini, tidak dapat dinafikan bahawa Abraham sememangya bapa beriman, nenek moyang banyak bangsa.

1. Siapa atau apa yang paling berharga, paling
dihargai, dan paling enggan anda lepas tangan dalam hidup anda?
(misal kata kuasa – kuasa sihir, bomoh, pantang larangan, alkohol, rokok, telefon pintar, permainan computer, nafsu, seks pranikah, melayari laman web lucah dan sebagainya).

2. Apa peristiwa besar yang pernah anda alami
dalam hidup atau keluarga anda yang membolehkan anda melihat dan mengalami bimbingan Tuhan yang indah? Sila kongsi.
(Contohnya, ibu bapa bercerai, kehilangan ibu bapa atau kawan atau orang tersayang, ditinggalkan oleh ibu bapa, dibuli, dipandang rendah, melibatkan diri dalam mana – mana gejala sosial …….. )

Berdoa bersama:
Bapa di Syurga, bantulah aku untuk mempersembahkan kesukaanku kepadaMu, dalam nama Yesus, Amen.

Tamat:
“Doa Bapa Kami”