RUAI BM
Pelayanan BM ialah titik permulaan pelayanan saya di gereja Xin Fu Yuan. Pada mulanya, seorang kawan yang membawa saya ke Pelayanan BM sebagai guru sekolah minggu. Saya hanya dapat bertutur dengan bahasa yang ringkas sahaja kerana Bahasa Melayu saya tidak baik. Pada masa itu, hati saya hanya setakat melayani saja. Lama-kelamaan, saya mula berasa letih dan kebas kerana saya tidak pernah melayani mereka dengan sepenuh hati.
Hilang
keyakinan
Pada tahun 2012, saya mengalami pergolakan badai dalam hidup saya, khususnya selepas kematian bapa saya, saya telah hilang keyakinan terhadap Tuhan. Saya pernah berfikir untuk melepaskan peluang untuk pergi ke misi jangka pendek yang telah saya daftar sebelum ini. Namun, saya masih menyertainya. Saya percaya bahawa ini bukan atas peneguhan daripada diri saya, melainkan Roh Kudus yang bekerja dalam diri saya. Tuhan mahu berbicara kepada saya secara peribadi melalui misi jangka pendek ini untuk menunjukkan rencana-Nya dalam hidup saya. Tuhan mengambil berat terhadap saya. Tuhan telah mengubah hidup saya dan menguatkan iman saya.
Kehilangan orang kesayangan adalah laluan dalam kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Kasih karunia Tuhan tetap ada untuk memberkati dan memimpin saya. Hidup saya telah diselamatkan. Oleh sebab ada Tuhan Yesus, maka saya telah mengalami hidup baru. Hal ini juga membina keyakinan saya terhadap Tuhan lagi. Namun, bagaimanakah dengan kaum bumiputera yang tidak pernah mendengar berita baik Tuhan? Siapakah yang akan menyelamatkan mereka?
Pada saat itu, saya mula melayani kaum bumiputera dengan sepenuh hati saya, saya berkenalan dan bergaul dengan mereka serta cuba untuk memahami budaya dan cara hidup mereka. Banyak kaum bumiputera di tempat tinggal saya. Beberapa bulan yang lepas, beberapa orang muda-mudi bumiputera telah berpindah ke rumah di hadapan rumah saya. Mereka sentiasa membawa kawan-kawan mereka untuk meminum arak lalu menumbuk sehingga cedera parah. Rumah bersebelahan juga merupakan keluarga bumiputera. Disebabkan masalah keluarga, apabila sampai waktu malam, mereka sentiasa berteriak atau menangis kuat.
Diikat
oleh dosa
Kadang-kala saya akan berjalan-jalan di kawasan rumah saya. Kelihatan rumah mereka yang lama malah akan roboh pada bila-bila masa. Kehidupan mereka miskin, anak-anak mereka kurus dan berpakaian kotor, dan berjalan sana sini dengan kaki ayam. Ada juga antara mereka yang diikat oleh dosa seperti sabung ayam, berjudi, hubungan seks bebas, menagih gam dan sebagainya.
Bagi kaum bumiputera yang telah menerima Yesus Kristus, disebabkan asas iman yang tidak kukuh, banyak kaum bumiputera telah melepaskan yang dipercayai pada mula-mulanya dan berubah kepada agama Islam.
Apabila nampak kaum bumiputera hilang dalam kekelaman dosa, kehidupan mereka yang penuh dengan kegelapan, tiada kedamaian, tiada perlindungan, tiada harapan, betapa sakitnya hati saya. Mereka amat memerlukan berita baik Tuhan, amat memerlukan penyelamatan Allah. Seperti yang dikatakan dalam Alkitab, Yesus Kristus berkata “Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang”. Tuhan juga memesan pengikut-Nya, “karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.”
Kelas rebana
Saya bersyukur kerana ada Pelayanan BM di gereja saya dan mengembangkan berita baik Tuhan melalui Pelayanan BM supaya lebih banyak kaum bumiputera dapat mendengar berita baik Tuhan dan menerima Yesus Kristus serta melihat cahaya dalam kegelapan. Saya juga bersyukur kerana Tuhan memberikan saya peluang untuk menceburi Pelayanan BM dan melayani bersama-sama dengan pelayan-pelayan yang lain. Pada mulanya, saya terlibat dalam sekolah minggu, seterusnya kelas tambourine/rebana.
Dalam kelas tambourine/rebana, kami telah memimpin pemuda-pemudi bumiputera untuk melatih tarian tambourine/rebana supaya mereka berpeluang untuk menyembah dan memuji Yesus Kristus. Kami juga mempunyai masa renungan dengan Tuhan, mempelajari Firman Tuhan. Kadang-kala, kami juga membawa mereka pergi ke sekolah luar bandar untuk mengajar pelajar-pelajar di situ. Hal ini bukan sahaja dapat melatih tarian mereka, malah dapat menginjil dan membina kehidupan kerohanian mereka. Jadi, proses ini amat memerlukan kasih sayang dan kesabaran dalam memimpin mereka. Melihatkan kehidupan mereka telah berubah dan bertumbuh, hatiku penuh dengan kesyukuran.
Tuaian
memang banyak
Masih ada banyak kaum bumiputera yang masih belum menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat di kawasan gereja kami. Gereja kami dibina di atas tanah ini dan pembinaan gereja BM yang baru, kesemuanya ini adalah karunia Tuhan. Tuhan mahu kaum bumiputera tahu juga bahawa Dia akan bersama dengan mereka dan menyelamatkan mereka. Seperti yang dicatatkan dalam Alkitab, Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Jadi, di sini saya ingin menyeru semua orang dapat menyahut panggilan Tuhan, pergilah menginjil, membantu kaum bumiputera supaya mereka juga boleh menjadi pengikut Tuhan.