RUAI BM
Saya adalah guru besar sekolah minggu BM Gereja Xin Fu Yuan. Saya telah melayani pelayanan BM selama 10 tahun.
Pada 10 tahun yang lalu, semasa saya melayani sebagai seorang cikgu sekolah minggu di rumah panjang Rantau Panjang, saya telah menyertai kelas bahasa Iban yang dianjurkan oleh Gereja Xin Fu Yuan, sejak itu saya telah melayani dalam pelayanan BM sehingga sekarang.
Dari permulaan perhimpunan bahasa Iban, pelayanan di rumah panjang Selangau, kebaktian BM hingga sekarang saya menjadi guru besar sekolah minggu. Segalanya adalah dipimpin oleh Tuhan.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana ada sekumpulan saudara-saudari yang melayani bersama-sama dengan saya. Walaupun kadang-kala ada saudara-saudari yang terpaksa meninggalkan pelayanan kerana hal pelajaran, pekerjaan, keluarga, kesihatan dan lain-lain, Tuhan terus menyediakan saudara-saudari yang baru datang untuk melayani bersama-sama.
Dalam pengajaran sekolah minggu, anak-anak kecil dapat mengenali Tuhan dan berhubung rapat dengan Tuhan. Saya juga belajar untuk lebih memahami Firman Tuhan semasa mengajar anak-anak.
Sepanjang tahun 2014, kehadiran tertinggi sekolah minggu sesi pagi mencapai lebih daripada 100 orang, sesi malam pula melebihi 60 orang. Disebabkan bimbang akan van gereja tidak sempat membawa murid ke sekolah minggu, saya dan beberapa orang guru turut membawa mereka supaya murid-murid sekolah minggu sempat balik ke rumah masing-masing dan ibu bapa mereka tidak berasa bimbang akan keselamatan anak mereka.
Sebagai seorang guru besar, saya memikul tanggungjawab yang berat tetapi saya tahu Tuhan yang berkuasa atas segalanya. Saya serahkan diri saya, guru-guru sekolah minggu, pemandu-pemandu van dan saudara-saudari yang mengambil berat tentang sekolah minggu kepada Tuhan, biarlah Tuhan memakai kami sebagai alat untuk menginjil, menyebarkan berita baik supaya lebih banyak jiwa yang sesat dapat pulang ke pangkuan Tuhan.
Buat masa ini dalam kedua-dua sesi sekolah minggu, kami masih memerlukan saudara-saudari datang untuk melayani dalam bidang mengajar, pimpinan lagu, pengajaran tarian, persediaan makanan, bermain alat muzik, kerja prihatin dan melawat, pengendalian informasi dan pemandu. Saya berharap saudara-saudari dapat berdoa kepada Tuhan supaya memimpin kamu datang untuk melayani di sekolah minggu. Tak kisah sama ada saudara-saudari pandai atau tidak dalam bahasa Malaysia, saya percaya Tuhan kita akan merancangkan yang terbaik, terima kasih.