Mimpi yang ganjil

with No Comments
RUAI BM

Imbas kembali waktu saya masih kecil, ibu saya terlibat dalam dua buah kemalangan jalan raya pada akhir tahun 2000. Malam itu, saya dan empat orang adik-beradik saya tiada peluang untuk menengok wajah ibu yang terakhir sebelum dia meninggal. Ketinggalannya telah membawa kesan yang amat menyakitkan hati kepada keluarga kami. Walaupun ibu saya sudah lama meninggal, tetapi kami masih tidak dapat terkeluar daripada kesedihan ini sampai sekarang.

Setelah guru kelas saya mengetahui perkara ini, dia terus membawa saya pergi ke gereja pada tahun yang berikutnya. Pada mulanya, saya menyertai Girls’ Brigade dan sekolah minggu, tetapi masa itu saya belum lagi mengenali Yesus. Sehingga satu hari, terdapat dua orang Kristian bertemu dengan saya dan mereka berkongsi injil kepada saya, barulah saya mula mengenali Yesus dan menerima-Nya sebagai Tuhan penyelamat saya.

Namun begitu, saya selalu menghadapi satu mimpi yang ganjil semenjak ketinggalan ibu. Dalam mimpi tersebut, saya ternampak saya sendiri balik ke rumah lama (tempat kediaman saya waktu kecil) dan seterusnya naik tangga ke tingkat satu. Keadaan rumah tersebut nampaknya kabur dan setiap bilik dalam rumah ini adalah kosong. Walaupun mimpi itu bukan dikira sebagai mimpi ngeri, tetapi keadaan dalam mimpi tersebut akan menyebabkan saya berasa tertekan dan sering kali mengalami sesak nafas. Setiap kali saya akan terperanjat daripada tidur dan berpeluh serta menangis tanpa berhenti. Saya berasa kurang berdaya untuk berdoa dan tidak pernah juga saya memberitahu sesiapa tentang mimpi ini. Peristiwa ini telah membingungkan saya selama 18 tahun.

——————————————-

Pada 27hb September 2018, saya berpeluang untuk menghadiri ceramah yang berkaitan dengan mimpi. Ini adalah kali kedua saya berjumpa dengan penceramah ini, Pastor J.Y. Wang yang berasal dari Taiwan. Beliau merupakan seorang paderi dan ahli psikologi & kaunseling, khasnya mengkaji tentang otak dan mimpi manusia.

Dalam sesi soal jawab, saya telah memberanikan diri untuk mengongsikan mimpi yang lama saya hadapi. Penceramah tersebut menjelaskan bahawa rumah yang kosong ini bermaksud: dalam hati saya adalah sangat sunyi dan saya jarang berkongsi dengan orang lain tentang peninggalan ibu. Beliau menggalakkan saya supaya menjemput Tuhan Yesus untuk masuk ke “rumah” hati saya. Beliau juga menyeru para hadirin bersama-sama berdoa untuk saya. Muka saya digenangi dengan air mata dan Bapa Tuhan telah merawat luka hati saya pada malam tersebut. Saya terasa hatiku terbebas dari kesedihan dan tidak pernah lagi mengulangi mimpi yang sama sejak hari itu.

Saya amat bersyukur kerana dengan kasih Yesus Kristus, saya berpeluang untuk mengalami Bapa Tuhan ini adalah amat nyata dan berkuasa. Bak kata dalam Alkitab, Yesus menjawab, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada sesiapa pun yang boleh datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” (Yohanes 14:6)

Para pembaca yang dikasihi, adakah anda juga mengalami mimpi yang ganjil sama seperti peristiwa yang saya hadapi? Saya percaya bahawa Tuhan Yesus juga akan menemani kamu dan merawat luka hatimu. Tetapi sebelum ini, sudikah anda menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat anda? Adakah anda juga ingin memperoleh jaminan yang kekal di dalam-Nya? Jika anda sudi menerima Tuhan Yesus sebagai penyelamat anda, anda boleh mengikuti doa di bawah:

“Tuhan Yesus, aku lemah dan sangat memerlukan Engkau. Terima kasih Engkau kerana mati di atas salib untuk mengampuni dosaku. Aku sudi membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Juruselamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Bimbinglah aku dalam setiap hari. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus aku berdoa, Amin!”

Akhirnya, saya ingin berkongsi tentang lagu rohani Kristian — Mujizat (Ajaib) itu Nyata, versi bahasa Indonesia. Semoga anda juga boleh mengalami berkati dan mujizat daripada Tuhan.

Mujizat itu Nyata

Tak terbatas kuasaMu Tuhan
Semua dapat Kau lakukan
Apa yang kelihatan mustahil bagiku
Itu sangat mungkin bagiMu

Di saat ku tak berdaya
KuasaMu yang sempurna
Ketika ku percaya
Mujizat itu nyata

Bukan karena kekuatan
Namun RohMu ya Tuhan
Ketika ku berdoa
Mujizat itu nyata

Ketika ku percaya
Ketika ku berdoa
Ketika ku percaya
Mujizat itu nyata

KONG LIK SHAN