RUAI BM
SAAT TEDUH saat madu
Jumaat 18-9-2020 | Matius 7: 1-4
Beberapa tahun yang lalu, saya menderita penyakit “ear infection” akibat daripada kesungguhan saya belajar berenang. Setiap hari saya belajar berenang semasa di rumah kawan saya dan setiap kali selepas mandi telinga saya akan berasa gatal dan kulitnya mengelupas dan sangat sakit sehinggakan gegendang telinga saya hampir berlubang. Syukur pada waktu itu, saya berjumpa dengan specialist telinga sebelum keadaan bertambah buruk. Tetapi selepas itu, saya perlu berjumpa dengan specialist telinga untuk mencuci telinga dua kali setahun, sekiranya tidak dicuci telinga saya, tidak mempunyai minyak yang mencukupi untuk mengeluarkan kotoran di dalamnya dan inilah kesan, tetapi pada tahun 2020 saya hanya perlu pergi sekali dan saya bersyukur kerana Tuhan menyembuhkan saya sedikit demi sedikit.
Selepas Tuhan Yesus menyampaikan khotbah di atas bukit, Dia didatangi oleh seorang yang berpenyakit kusta. Pastinya lelaki ini berasa sengsara sudah berusaha untuk mengubati dirinya, sehinggakan tanpa segan silu dia datang bersujud di hadapan Tuhan untuk memohon Yesus mentahirkan dia dan Yesus yang berkuasa pada saat itu juga mengatakan Dia mahu dan Dia mentahirkan pribadi yang sakit kusta tersebut.
Pada saat kita dibebankan oleh penyakit, adakah kita datang kepada Yesus memohon belas kasihannya atau kita mencari bomoh untuk menyembuhkan kita? Tuhan sedia dan Tuhan mahu untuk menyembuhkan kita dari segi fizikal dan rohani kita. Kita hanya perlu datang kepada-Nya memohon dengan hati bersungguh-sungguh maka Tuhan pasti akan mendengarkannya. Cepat atau lambat tangan Tuhan pasti akan bekerja.
Ayat Hafalan: Matius 8:2-3 Maka datanglah seorang yang sakit kusta kepada-Nya, lalu sujud menyembah Dia dan berkata: “Tuan, jika Tuan mau, Tuan dapat mentahirkan aku.”Lalu Yesus mengulurkan tangan-Nya, menjamah orang itu dan berkata: “Aku mau, jadilah engkau tahir.” Seketika itu juga tahirlah orang itu dari pada kustanya.
Doa: Doakan supaya kita juga akan senantiasa ingat untuk datang berseru dalam keadaan baik dan buruk kepada Allah Bapa di syurga.
Oleh Lovinna, MTS, Sibu