Iman seorang pegawai tentera

with No Comments
RUAI BM
SAAT TEDUH saat madu
Sabtu 19-9-2020 | Matius 8: 5-13

Keluarga saya tidak pernah menghampakan saya setiap kali saya memesan mi kegemaran atau yang terkenal di sarawak iaitu kampua kicap. Apabila saya memesan sekali saja saya katakan, mereka pasti ingat dan saya berasa sangat bahagia kerana kepedulian mereka kepada apa-apa yang saya inginkan.

Saat seorang ketua tentera datang berjumpa Yesus dan memohon supaya dia menyembuhkan hambanya dan Dia memberitahu bahawa hanya melalui perintah Yesus saja, hambanya pasti akan sembuh. Tuhan Yesus tidak perlu datang kerana ketua tentera itu merasakan bahawa dirinya tidak layak menerima kedatangan Tuhan Yesus, tetapi ketua tentera itu begitu yakin bahawa dengan mengatakan bahawa hambanya sembuh maka itulah yang akan terjadi pada akhir cerita askar tersebut. Pada saat Yesus mengatakan “pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.” kepercayaan ketua tentera itu menjadi kenyataan.

Iman ketua askar ini adalah sesuatu yang harus dicontohi. Kita haruslah memiliki kepercayaan iman seperti Dia dan kita orang-orang pada masa ini adalah orang yang lebih bahagia kerana ada tertulis dalam firman berbahagialah orang yang tidak melihat namun percaya (Yoh. 20:27). Oleh itu, haruslah kita percaya kepada Firman Tuhan dan tidak gentar dan goyah dalam menantikan pekerjaan-Nya.

Ayat Hafalan: Matius 8:10 Yesus terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, “sesungguhnya, belum pernah ku temui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun. Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk di meja menikmati jamuan bersama Abraham, Ishak dan Yakub dalam kerajaan surga. Sebaliknya, anak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalam kegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.”

Doa: Doakan supaya kita memiliki iman seperti ketua askar kepada Yesus Kristus supaya kita dapat melihat berkat-berkat kemuliaan Tuhan di sekeliling kita.
Oleh Lovinna, MTS, Sibu