RUAI BM
SAAT TEDUH saat madu
Ahad 20-9-2020 Matius 8: 18-22

Semua Karna Anugrah-Mu
Hari Ini Ada
Bukan Karna Kuatku
Namun Karna Roh-Mu

Kubawa Hatiku, Penyembahanku
Ku Semakin Berkurang
Yesus Semakin Bertambah

Reff:
Mengikut Yesus
Itulah Kesukaan Hatiku
Kulepas Semua Hak Ku Untuk
Mengenal Kehendak-Nya Di Hidupku

Mengiring Yesus
Itulah Kekuatan Hidupku
Kuyakin Anugerah-Nya Mampu
Jadikanku Hamba Yang Berkenan Selalu

Saat saya membaca Firman Tuhan Matius 8:18-22, lagu inilah yang bermain dalam benak fikiran saya. Mengikut Yesus adalah kesukaanku, saya sanggup lepaskan segala hak saya untuk mengikut kehendak Tuhan dalam hidup saya dan di dalam Matius Yesus berkata, “Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya, tetapi anak manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepada-Nya. Inilah yang kita dapat mengikut Yesus. Mengikut Yesus bererti sanggup menderita bersama Dia kerana kita tahu kita sedang menyatakan kerajaan Syurga dalam dunia yang penuh dosa ini.

Kita tahu bahawa segala yang ada di dunia ini tidak kekal melainkan yang ada di syurga yang kekal. Walaupun kita menderita kerana kebenaran saat berada di dunia, semuanya tidak akan sia -sia kerana mahkota kekal menantikan kita di syurga.

Ayat Hafalan: Matius 8:20 Yesus berkata, “Musang ada lubangnya dan burung di udara ada sarangnya, tetapi anak manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepada-Nya.

Doa: Doakan supaya kita tetap setia mengikut Yesus walaupun kita disisih atau hidup tidak seperti orang-orang di sekitar kita kerana kita sudah mengetahui kebenaran yang memerdekakan.
Oleh Lovinna, MTS, Sibu