Bahagian yang membuka mata saya dalam MPC 2018 adalah bahagian yang mengenai pengumpulan data, kaum, agama, dewasa, remaja dan kanak-kanak pada suatu tempat, untuk pengajian terhadap tempat yang ingin kami injil.

Bahagian sesi Doa, refleksi dan pertaubatan juga membuka minda saya tentang perkara-perkara yang boleh kita doakan, tapi saya cuma ingat lapan perkara saja:
1. Kesetiaan dan berdoa
2. Pemikiran, percakapan dan pemikiran
3. Pernikahan dan Keluarga
4. Kesihatan Badan
5. Pelayanan dan Pekerjaan
6. Pengurusan Kewangan
7. Hubungan Peribadi
8. Pelayanan sosial

Di sini saya ingin mengambil perkara 1, 2 dan 3, untuk dijadikan refleksi bagi saya. Yang saya ingat adalah Kesetiaan dan berdoa itu adalah secara peribadi, kalau hubungan dengan Tuhan ada jurangnya, saya tidak dapat mendengar suara-Nya dan saya tidak akan mengenali Tuhan saya. Contohnya, bapa siapa yang tidak mengasihi anaknya jika saya selalu berkomunikasi dengan ayah saya.

Kesetiaan sangat penting kerana kalau saya tak setia dengan Tuhan malah saya telah menduakan Tuhan.

Dalam pemikiran, percakapan dan perbuatan saya, saya mempelajari suatu, iaitu manusia ini sangat lemah dan selalunya senang lupa akan diri dan sangat emosional serta selalu mengikut perasaan, selalu memikirkan perkara negatif, selalu juga memikirkan bahan lucah, kerisauan tentang kehidupan, keluarga, anak-anak, hutang, kerja dan lain-lainnya. Saya juga demikian, selalu berkata saya beriman kepada Tuhan namun hati saya masih ragu-ragu, saya selalu memikirkan dan menggunakan cara saya sendiri untuk melakukan suatu. Semua ini menunjukkan bahawa sebenarnya saya tak beriman kepada Tuhan malah saya telah berdusta. Perkara ini juga menunjukkan bahawa saya tak setia kepada Tuhan. Saya harus mengakui dosa saya dan bertaubat di hadapan Tuhan, supaya Tuhan yang maha pengasihi ini dapat mengampuni saya yang lemah ini dan saya harus setia kepada Tuhan sampai ke akhirnya.

Dalam pekara pernikahan dan keluarga, suami isteri sangat senang dicurai, hubungan antara suami isteri harus saling mendoakan terutamanya saya sendiri, kadang-kadang hubungan antara suami isteri akan reggang pasal pelayanan. Contohnya saya selalu marah kepada isteri saya Siung pasal Pelayanannya di PKKM walaupun masalahnya sangat kecil, tapi saya telah salah melakukannya, saya harus bertaubat dengan kelakuan diri saya malah mendoakan isteri saya supaya dia tahu caranya dan Roh Kudus akan membimbingnya.

Dalam perkara keluarga, juga saya harus mendoakan setiap ahli keluarga biasanya si jahat ini selalu menggunakan keluarga saya untuk melemahkan dan menjatuhkan saya dalam perlayanan yang telah Tuhan anugerahkan. Saya harus mendoakan keluarga saya supaya malaikat akan melindungi setiap peribadi yang berada dalam keluarga saya. Ini adalah refleksi daripada saya.

William Ting Leong Wei 
Gereja Methodist Gloria, Bintulu