“….Ya! Saya percaya dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat saya!”

Demikianlah ungkapan pengakuan iman beberapa orang jemaah BM Gereja Methodist Mei Ann yang telah dibaptis pada 20 Mei 2018. Seramai 3 orang jemaah dewasa dan 2 orang bayi telah menerima baptisan dalam nama Allah Bapa, Anak Allah dan Yesus Kristus.

Seorang ibu kepada anak yang telah dibaptis pernah bertanya, “Pastor, adakah saya perlu menghadiri kelas Baptisan mewakili anak saya sekali lagi? Dulu saya sudah menemani anak sulung saya untuk kelas ini, saya rasa tidak perlu sebab sudah kerap kali belajar benda yang sama.” Sebagai seorang ibu, baptisan bayi/kanak-kanak merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk suatu proses membimbing dan menuntut mereka mengerti tujuan dan inti baptisan. Adalah lebih baik apabila belajar dengan kerap kerana ini akan memantapkan iman dalam pengenalan tentang Tuhan Yesus. Puji Tuhan pada hari ini masih dengan giat memimpin anak-anak untuk belajar firman Tuhan melalui Sekolah Minggu di gereja.

Untuk peneguhan pula, seramai 3 orang jemaah yang telah memberikan diri menjalani upacara peneguhan sebagai tanda komitmen dalam menjadi seorang “Methodisme” melalui doa, persekutuan, pemberian dan pelibatan dalam pelayanan demi pembangunan gereja.

Oleh Ps. Susanty Kedal, Gereja Methodist Mei Ann, Miri