Pada 1 Mei 2018 hari pekerja, pelayanan BM daerah Kuching Barat telah menganjurkan hari keluarga bersama-sama di Staduim MBKS. Program hari keluarga daerah Kuching Barat dimulakan seawal jam 8:30pagi sehingga pukul 5petang. Semua acara hari Keluarga diadakan di Stadium MBKS. Berikut adalah acara yang telah kami rancangkan untuk hari keluarga kali pertama ini:

Pertama kami mengadakan sesi pujian dan penyembahan bersama yang dipimpin oleh gereja Methodist Matang, setelah itu kami mendengar sedikit Firman Tuhan yang dibawa oleh Pastor Patrick yang bertajuk pergunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya. hal ini disebabkan segala-galanya tidak akan berulang untuk kali kedua. Selepas mendengar Firman Tuhan kami meneruskan program kami dengan senaman bersama-sama yang dipimpin oleh Pemuda-Pemudi daripada Trinity. Kira-kira pukul 9:30pagi, kami berehat untuk sarapan bersama-sama sebelum acara yang seterusnya.

Acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua jemaah 5 pelayanan bahasa Malaysia daerah Kuching barat adalah acara Sukaneka untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh semua guru-guru Sekolah Minggu. Semua anak-anak yang di bawah 12 tahun akan berkumpul di satu ruang yang disediakan untuk mengadakan acara mereka.

Acara yang kedua adalah acara permainan Kapten ball bagi katagori orang dewasa lelaki dan wanita, acara ini dikendalikan oleh pastor Chan. setiap gereja akan membentuk pasukan masing-masing.

Acara yang ketiga adalah permainan Futsal bagi golongan dewasa kategori lelaki dan wanita yang dikendalikan oleh saudara Hector daripada Kota sentosa. Demikian juga setiap gereja akan membentuk pasukan masing-masing untuk mengambil bahagian dalam permainan ini.

Tujuan utama komiti pelayanan BM daerah kuching barat menganjurkan hari keluarga bersama-sama pada tahun ini adalah yang berikut:

1. Untuk membentuk rasa kekeluargaan antara jemaah yang ada di daerah Kuching Barat dan khususnya di gereja setempat masing-masing.

2. Untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli keluarga dan jemaah gereja masing-masing.

3. Untuk menciptakan ruang bagi setiap jemaah gereja untuk mengongsikan dan menyatakan kasih Tuhan kepada ahli keluarga yang belum datang ke gereja bahawa Yesus mengasihi mereka (mendekati dan membawa mereka yang belum mengenali melalui sukan.)

4. Untuk memberi gambaran yang jelas kepada jemaah dan ahli keluarga bahawa kegiatan-kegiatan gereja adalah baik untuk kehidupan mereka.

5. Untuk mengikat perhubungan yang baik antara jemaah-jemaah daripada gereja yang lain di daerah kuching barat.

6. Untuk mengenali jemaat-jemaat Pelayanan Bahasa Malaysia daripada gereja yang berlainan.

Kami sangat bersyukur kepada Tuhan sebab program hari keluarga PBM daerah Kuching barat telah berjalan dengan baik dan lancar. Semua jemaah daripada setiap 5 pelayanan BM di Daerah Kuching Barat mengatakan rasa terima kasih mereka kepada penganjur yang diketuai oleh sdri Sitie. Banyak jemaah mencadangan agar tahun hadapan hari keluarga bersama-sama terus diadakan. Kehadiran jemaah daripada 5 pelayanan BM daerah kuching adalah seramai 400 lebih orang. Berikut adalah jumlah peserta yang mendaftar daripada gereja masing-masing:
1) TMC jumlah peserta yang mendaftar adalah 208 orang dan 47 orang anak Sekolah Minggu;
2) Gereja Methodist Siong Tau seramai 37 orang peserta, anak sekolah minggu tidak dinyatakan;
3) Dan bagi Gereja Methodist Matang terdapat seramai 55 orangpeserta dan 11 orang anak Sekolah Minggu;
4) Gereja Methodist Sentosa terdapat 59 orang dan 14 orang anak-anak Sekolah Minggu;
5) bagi City Mall Menthodist Preaching Point seramai 73 orang peserta dan 24 orang anak-anak Sekolah Minggu.

Secara umumnya, semua jemaah gereja sangat bersemangat dan gembira bersukan bersama-sama walaupun ada yang datang hanya untuk duduk dan melihat, namun mereka tetap bersama-sama sehingga akhir acara. kegiatan-kegiatan yang sebegini memberi kesan yang sangat mendalam bagi jemaah gereja terutamanya rasa kepunyaan dan rasa diterima sebagai sebuah keluarga. Bagi setiap permainan, hadiah juga disediakan bagi setiap pemenang. Juara pelawanan futsal bagi lelaki adalah PBM City Mall preaching point, manakala juara bagi kategori wanita adalah PBM Gereja Sentosa Methodist. Di samping itu, bagi permainan Kapten Ball juara katagori lelaki adalah PBM City Mall dan kategori wanita adalah PBM Gereja Sentosa.

Segala pujian syukur diberikan kepada Tuhan sebab penyertaan-Nya sepanjang acara perayaan hari keluarga daerah kuching barat yang diadakan bersama-sama pada tahun ini. Tanpa penyertaan Tuhan adalah mustahil semuanya dapat berjalan dengan baik sehingga selasai. Puji Tuhan untuk semua komiti pelaksana yang sangat bekerjasama dari awal program ini dirancangkan. Doa kita agar pelayanan BM daerah Kuching barat akan terus berkembang secara rohani dan jasmani. Segala pujian hanya bagi Tuhan.

Pastor Patrick Taie
Gereja Methodist Trinity, Kuching