Pada bulan Oktober 2015, saya telah mengandung. Pada bulan seterusnya kandungan sedang membesar tetapi apabila sampai bulan ke-6, saya mula berasa tidak selesa. Saya tak dapat tidur dengan baik pada waktu siang ataupun malam. Masa itu juga saya tidak pandai berdoa, saya menceritakan semua hal ini kepada Pastor Roselind. selepas itu, dia berdoa untuk kesihatan saya.

Setelah kandungan saya berumur 7 bulan, suami saya keluar malam dan balik pada pukul 6 pagi setiap hari. Pada masa itu, saya perlu menjaga 4 orang anak, 2 orang sekolah rendah manakala 2 orang lagi belum genap 9 bulan.

Kemudian saya telah melahirkan anak di hospital Lopeng Miri. Pada masa itu, suami saya tidak bersama dengan saya. Di sana saya terpaksa menjaga diri saya dan bayi. Setelah pemeriksaan doktor, dan menunjukkan bahawa saya dan bayi adalah sihat, maka kami pun pulang ke rumah.

Pada saat itu, suami saya hanya menemani saya satu malam. Selepas itu, dia menjalankan kehidupannya dengan dunia. Walau demikian saya tidak menyangka keburukan yang bakal datang, disebabkan saya mempercayai dia seorang suami yang baik. Selama 20 tahun kami bersama, saya sangat mempercayainya. Setelah saya tahu bahawa dia telah bersalah kepada keluarga ini, dia menurut keinginan daging kerana dia berzina dengan perempuan lain. Hal ini menyebabkan hati saya hancur dan kecewa.

Mulai saat itu, saya berperanan sebagai seorang bapa dan juga seorang ibu kepada 7 orang anak. Pada 01 Julai 2017, bayi saya sudah berumur dua tahun. Saya pun sudah biasa dengan kehidupan saya ini.

Saya bertekad untuk mengikuti kelas pemuridan, walaupun saya tidak faham dan tidak pandai membaca. Tetapi Tuhan telah mengubah sesuatu dalam kehidupan saya, daripada hal yang tidak boleh saya terima sehingga hari ini. Tuhan menyertai anak-anak saya. Amin.

Pn Rani suzana
Gan En Methodist Church, Miri