Shalom! Selamat berjumpa dari kami keluarga besar Lawas Care Centre (LCC) kepada semua sahabat dalam Yesus Kristus.

Pengucapan syukur
Puji Tuhan atas penyertaanNya sehingga sampai sejauh ini, dalam pertengahan tahun 2017 kami di Lawas Care Centre dalam keadaan yang baik-baik saja dan masih boleh meneruskan setiap kegiatan seperti biasa.

Kita sangat bersyukur kerana Tuhan Yesus mengizinkan kami mengawali bahkan memasuki tahun 2017 dengan berkat-berkat yang sangat luar biasa di mana kami dikunjungi oleh beberapa kumpulan baik yang dari gereja maupun sahabat yang bukan Kristen. Kedatangan mereka menunjukkan keperihatinan kepada anak-anak Suku Penan agar membawa perubahan bagi masa depan generasi ini.

Pada tahun ini jumlah penghuni LCC telah bertambah sehingga menjadi 25 orang (2 orang tinggal di asrama kerajaan dan akan berada di LCC pada hujung minggu). Manakala tenaga penjaga hanya 3 orang dan untuk sementara menunggu tenaga penjaga yang baru, LCC mengambil seorang tenaga sementara Pastor Langub Pengiran untuk menolong dalam pengawasan keselamatan anak-anak.

Puji Tuhan atas doa kita bersama untuk kedua anak kita yang telah menduduki Peperiksaan SPM 2016. Mereka telah menyelesaikan persekolahan mereka dengan baik dan memperoleh keputusan lulus. Kita merasa bangga kerana untuk tahun ini seorang dari keduanya iaitu Liliani boleh melanjutkan persekolahannya ke tingkatan 6 di SM Merapok Lawas.

Pelayanan dan retreat
Pada semester ini kami keluarga LCC telah mengadakan kebaktian bersama di Gereja BEM Lumut Lawas. Dalam kegiatan ini anak-anak LCC dilatih untuk mengendali acara kebaktian iaitu dalam memimpin acara kebaktian dan menyampaikan persembahan pujian, tarian dan menghafal ayat Alkitab. Latihan ini juga akan dilanjutkan dalam semester yang kedua untuk menggalakkan anak-anak kita terlibat dalam pelayanan Tuhan.

Seperti tahun-tahun yang lalu kami juga mengadakan retreat satu kali dalam satu tahun. Tahun ini kami telah merancang ke Labuan tetapi oleh kerana masa yang tidak begitu mengizinkan maka sekali lagi kami mengadakan retreat ke Tenom. Dalam retreat ini anak-anak dibawa untuk menikmati pengalaman yang baru iaitu boleh menaiki kereta api dan melawat beberapa tempat-tempat yang menarik.

Pengenalan akan Yesus Kristus secara peribadi adalah sangatlah penting sehingga setiap orang boleh bertumbuh secara rohani. Demi kerinduan ini maka salah satu usaha agar anak-anak LCC yang remaja boleh mengenali diri mereka secara peribadi di dalam Yesus Kristus maka mereka masih digalak untuk mengikuti kelanjutan kursus “Saya Murid Yesus(SMY)” yang bertempat di SIB Ranau-ranau Sipitang Sabah. Bahkan juga telah mengikuti kursus I-Apologia di gereja BEM Bandar Lawas.

Perkara Doa
1. Untuk semua tenaga penjaga LCC
dan agar ada tenaga yang baru.
2. Untuk semua anak-anak Penan
yang ada di LCC agar mengala-
mi perubahan dalam hati dan
pendidikan mereka.
3. Untuk anak-anak yang masih be-
lum menyesuaikan diri dengan
peraturan LCC.
4. Untuk anak-anak yang baru ma-
suk di LCC pada tahun ini.
5. Untuk anak-anak yang menduduki
peperiksaan akhir pada tahun ini
(Yoas dan Robina-SPM, Jusicca-
PT3 dan Suffinie-UPSR).

Atas kasih and doa dari semua sahabat dalam Yesus Kristus untuk kami keluarga besar Lawas Care Centre kami ucapkan terima kasih.

By Ps Pelipus Basar
Penyelia Lawas Care Centre, Lawas