Mei 2017 merupakan minggu ibu bapa, seluruh acara kebaktian dikendalikan oleh pelayanan wanita. Disebabkan minggu ini juga adalah hari ibu, oleh itu sangat sesuai acara kebaktian perlu dipimpin oleh pelayanan wanita.

Walaupun acara kebaktian telah berlangsung selama 2 jam namun semua jemaah gereja BM Trinity tetap tidak berganjak daripada ruang ibadah gereja. Secara keseluruahan kebaktian pada pagi itu berjalan dengan penuh emosi, tangisan dan pujian. Allah telah menyentuh setiap jemaah gereja dengan luar biasa. Sebanyak 60 lebih orang wanita yang telah hadir pada pagi itu telah membawa berkat yang banyak kepada seluruh jemaah yang hadir melalui program yang telah disediakan mereka.

Tidak dapat disangkalkan bahawa Kasih Allah itu luar biasa dalam kehidupan setiap orang yang percaya kepada-Nya, Kasih Allah menghancurkan segala keangkuhan, kekasaran, kebencian, dendam, kesombongan dan kekecewaan menjadi indah. Oleh sebab kasih Allah hidup ini menjadi bererti dan berguna. Semuanya ini terbukti melalui kesaksian salah seorang jemaah gereja yang memberikan kesaksian peribadi hidupnya pada pagi itu, dia menceritakan perjalanan hidupnya, cara kasih Allah telah mengubah kehidupannya. Oleh sebab kasih Allah terhadap hidupnya maka segalanya telah diubah dan menjadi bererti.

Hidup ini tanpa Allah sama seperti “hidup seorang anak tanpa susu”. Hidup ini sangat memerlukan penguasaan kasih Allah sepenuhnya, sebab melalui kasih Allah seseorang itu dapat memahami tujuan dan erti hidup ini. Oleh itu, kita sangat memerlukan kasih Allah dalam hidup ini. Tanpa kehadiran Kasih Tuhan dalam hidup ini maka segalanya akan menjadi sia-sia.

Dasar Seluruh acara kebaktian adalah kasih, bapa-bapa menghulur sekuntum bunga kepada isteri masing-masing sebagai tanda kasih. Seterusnya memperbaharuhi janji sumpah yang telah diucapakan di antara mereka.

Kunjungan Roh Allah sangat luar biasa sepanjang kebaktian, melalui setiap persembahan yang dipersembahkan oleh pelayanan wanita. Hati setiap jemaah disentuh kerana kasih Allah.

PS Patrick Taie Gereja Methodist Trinity, Kuching